Thursday, August 4, 2011

Bukti UMNO dah kekeringan modal...

Ketika kita sibuk dengan isu menggadaikan kedaulatan negara oleh UMNO/BN iaitu Permanent Resident (PR) yang diberikan kad pengenalan biru dan membolehkan mereka menjadi pengundi oleh UMNO/BN.. mereka sibuk dengan isu Anwar..

Satu memorandum akan dihantar esok, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN).

“Akta 1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN.

Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita.

“Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”, katanya dalam SMS kepada AIDCNews.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails