Tuesday, August 16, 2011

Bila dah Bodoh... Amalan Islam dikata bakal tergadai

''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," Kata Ibrahim Ali..

Komen yang menunjukkan beliau tidak faham apa sebenarnya yang dijadikan isu oleh pencacai UMNO bagi menyerang kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui DAP.


Yang dijadikan isu ialah larangan penggunaan pembesar suara ketika bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh bukannya larangan menggunakan pembesar suara ketika memberi takzirah..

Mufti Pulau Pinang telah bersuara mengenai hal ini di SINI.


Amalan Islam bakal tergadai

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.

Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.

''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, jabatan agama Islam negeri perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.

Katanya, selagi tidak mendapat bantahan besar masyarakat termasuk penduduk bukan Islam, amalan Islam harus diteruskan.

''Kita perlu teliti apakah sebab-sebab yang mendorong larangan itu dibuat, adakah sebab itu merupakan sebab hakiki atau tidak mahu Islam lebih tinggi atau terdapat sebab lain? Ulama tidak boleh mengeluarkan fatwa hanya kerana berdasarkan andaian," katanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails