KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih.Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing.
Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap.
“Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap).
“Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata Salahuddin.
Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar.”
Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.
Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia.
“Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab.
“Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara,” katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0.
“Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat.
“Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?,” katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya.
“Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen.
“Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi,” katanya.
Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.
Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan “sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini.”

7 comments:
Bang Din Kubang Kerian tok sah kata Himpunan Bersih 3.0 akan menyusul Bang Din tu org politik, bagi Mak Cik Ambiga cakap udah laaaa pasai B3.0 tuu.
penjawat awam tentu pernah dengar lagu d BTN, lagunya berbunyi begini
"Anak kacil main api ;
Terbakar dirinya sendiri,
haaa ....lu sambung sendiri lagu tu,kalau terus mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi MyDaftar, maka akan makan diri sendiri laaa rakyat M'sia nanti.
"pikiaq-pikiaq laaa sendiri wahai rakyat sekelian"
Panjang nyer celoteh..membosankan gak.Dah ribu2 dengar citer bab2 cam nih tapi tak sekor pun dapat dibuktikan idup2. Pi tangkap mismah tuh..suruh dia ceramah keh keh ! Tapi jangan pakei flatform pr...tak berguna langsung natijahnyer..asyik2 tang tu jer !! Ini sekian contoh main aci2 pr
Pimpinan BN yg tegar dgn rasuah & salahguna kuasa sudah nmpak jeriji besi sekirny mrk kalah pd PRU akn dtng. Justeru itu SPR & JPN d sogok & d pergunakn sepenuhny utk mmbantu BN menang PRU akn dtg. Prkara ini boleh disahkn melalui kenyataan pengerusi prhubungn Umno Selangor yg yakin rampas kembali Selangor dgn cara yg paling kotor.
SPR & JPN perlu d siasat segera kerana bersubahat dgn parti BN. URGENT PLEASE!!...
Aci Umngok 2:25, lu punye komen sah memang lu jenis yang tak berotak dan tak tahu apa yang berlaku sekarang ni. Apa natijahnya pada masa hadapan, dek kebodohan pemimpin-pemimpin lu yang tak berani untuk turun atau kalah. Lu kata dah beribu-ribu kali lu dengar kes mcm ni kan?. Kalau mcm tu awat PM lu muka budget cute tu susah sangat nak settlekan tuntutan Bersih sejak 2007 lagi sampai lanie. Ke memang dia tahu yang dalam SPR dan JPN tak BERSIH. Ni orang kuat Pas kata nak buka isu ni di PARLIMEN so PM lu berani sahut ke. Esok bila rakyat TURUN KE JALAN, PM lu menyalak kata banyak cara lain untuk meluahkan pendapat itu ini blah blah. Tapi bila diajak BACUL xde TELOR..lu dengan geng lu macam longkang punye otak.
ake ake..
jpn ker..spr ker..siasat ker...suruhanjaya diraja ker..kalau pr punya minda dah dalam otak udang aku he he..tak der makner nyer kan!!!
bosan dengar komer punyer alasan..rungutan..serupa perangai yahudi. Yang ketara pr dipenuhi bapak2 dan mak2 orang kod 71(istilah fozi) sebahgian orang tak ada sensasi darah mak melahirkan depa tumpah kat sini...kena badi sehingga hobi sesia melalalak dijalananlah tu kek kek
PR parti berbelit2. PAS kononnya pejuang Islam, sampai sekarang x nmpak apa pun PAS boleh bangga dengan pejuangan Islam. Arak n pelacur haram kat Selangor pun x leh nk kawal. PKR parti 69. tungang-langgang. kepala otak nk rampas Putrajaya. Dari 2008 smpai skrng dok fitnah n memecahbelahkan negara je tau. DAP cita2 lg tinggi. sanggup jadikan PAS n PKR pencacai asalkan dpt jdkan Malaysia negara komunis.
Ini bukan pasal Islam ke tak Islam ke.. Ini pasal meruah dan negara yang nak dijual.. bodo.. puak Bee End ni.
Post a Comment