Friday, August 19, 2011

Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3



Ini adalah berita yang tidak disiarkan oleh media yang ditunggang UMNO baik Utusan, Berita Harian mahupun TV3 tapi ianya telah disiarkan di Singapura..


Britain siasat dakwaan KL bayar media gilap imej

M'sia bayar berjuta paun bagi penyiaran di BBC

KUALA LUMPUR: Penguasa media Britain, Pejabat Perhubungan (Ofcom), sedang giat menyiasat dakwaan bahawa Malaysia membayar berjuta paun kepada firma FBC Media bagi menggilap imej antarabangsanya melalui beberapa rancangan berita di stesen penyiaran British Broadcasting Corporation (BBC).

Laman berita The Malaysian Insider telah memetik akhbar harian Britain, The Independent, semalam sebagai melaporkan bahawa Ofcom akan memutuskan dalam masa terdekat ini 'sama ada akan melancarkan satu siasatan penuh ke atas kandungan yang dipersoalkan itu di bawah Kod Penyiarannya'.

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa pihak BBC sendiri sedang menyiasat beberapa rancangan mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh FBC, sebuah firma Britain, yang disiarkannya.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan The Independent, BBC berkata:

'FBC kini mengakui kepada BBC bahawa ia telah bekerja bagi kerajaan Malaysia.

'Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC, sedang kami percaya ia seharusnya dilakukan apabila pihak BBC memeterai kontrak rancangan itu daripada FBC.

'Memandangkan ini, pihak BBC memutuskan tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungannya dengan syarikat itu.'

Putrajaya telah menamatkan kontraknya dengan FBC selepas satu pendedahan menunjukkan bahawa para pemimpin Malaysia secara rutin muncul dalam wawancara dibayar pada rancangan-rancangan stesen berita CNBC.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia telah menamatkan kontrak dengan FBC minggu lalu, selang beberapa bulan selepas kontraknya dengan sebuah lagi firma, Apco Worldwide, dari Amerika Syarikat, ditamatkan berikutan dakwaan adanya hubungan firma itu dengan Israel.

BBC menggantung semua rancangan yang dihasilkan oleh FBC Media, lapor The Independent semalam.

Pembabitan FBC Media dengan kerajaan Malaysia itu terbongkar selepas bil-bil tambahan kerajaan menunjukkan bayaran besar dibuat bagi satu 'Kempen Perhubungan Strategik Global'.

Catatan rekod menunjukkan bahawa sebanyak RM57.7 juta ($23.3 juta) telah dibayar oleh PMO kepada FBC bagi kempen itu antara 2008 dengan 2009.

The Independent berkata dokumen-dokumen yang difail dengan Dewan Perwakilan Amerika pada 2008 menunjukkan bahawa FBC menghubungi syarikat pelobi Amerika, Apco Worldwide, dan membayar lebih AS$80,000 ($96,320) pada tahun itu bagi tujuan 'meningkatkan kesedaran tentang pentingnya dasar-dasar di Malaysia yang properniagaan dan propelaburan serta (menunjukkan) pentingnya usaha pembaharuan dan antipengganasan negara itu'.

BBC sedang menyiasat jika bahan-bahan FBC yang disiarkannya bercanggah dengan garis panduan kesaksamaan penyiarannya.


Cyberita Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails