Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, August 15, 2011

AWAS!!! Tentera Salib akan menyerang Malaysia?



Setelah DAP difitnah kononnya berjaya menghapuskan Azan di Pulau Pinang (baca di SINI), Blogger Pro UMNO meneruskan agenda menabur fitnah mereka dibulan Ramadhan ini, kali ini DAP difitnah lagi kononnya akan menggunakan Kristian untuk menakluk Malaysia pula.


Sedangkan kita tahu yang telah mengadakan pertemuan dengan Pope adalah Najib.. tetapi bagi menimbulkan kebencian rakyat Malaysia terhadap DAP, beberapa blogger Pro UMNO menyebarkan fitnah kononnya DAP telah menemui satu formula terbaik untuk menakluk Malaysia.

Fitnah mereka lagi, formula baru yang ditemui oleh DAP itu adalah memainkan sentiment keagamaan kononnya DAP menghasut penganut Kristian bahawa kerajaan tidak melayan mereka dengan adil.

Dakwa mereka lagi strategi ini amat bahaya terhadap kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Ia boleh mencetuskan konflik antara penganut Kristian dan Islam.

Sebenarnya memang strategi ini amat bahaya.. Bahaya jika yang membacanya percaya membabi buta akan fitnah dari blogger Pro UMNO itu tanpa usul periksa..

Tapi jika dikatakan DAP menggunakan Kristian untuk menjayakan matlamat mereka adakah kita pernah mendengar pemimpin DAP menemui Pope untuk merancang semuanya itu?

Dari apa yang tersiar dalam berita Najib memang telah disahkan bertemu dengan Pope bukannya pemimpin DAP..

Pada 11 Julai lalu The Malaysian Insider telah melaporkan kabinet telah memberikan perakuan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom pada 18 Julai untuk membincangkan usaha mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua Gereja Roman Katolik itu.

Pegawai pentadbiran Najib memberitahu bahawa Kabinet telah memperakui kunjungan perdana menteri ke Castel Gandolfo, lokasi Pope Benedict akan menghabiskan musim panasnya, selepas Najib secara peribadi menemui delegasi perintis ke Malaysia yang diketuai Ketua Biskop Leonardo Girelli Mei lalu.

Sumber itu juga menjelaskan bahawa ia bukannya lawatan peribadi sebagaimana dilaporkan sebelum ini memandangkan Najib akan diiringi oleh beberapa menteri Kabinet.



Difahamkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang juga seorang Katolik, akan bersama dalam rombongan Najib.

Dan laporan itu telah disahkan oleh Bernama pada 19 Julai 2011 yang mana telah melaporkan Najib telah bertemu dengan Ketua Pemimpin Kristian, Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011 untuk mengadakan perbincangan bertempat di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Bacalah fitnah dari Blogger Pro UMNO ini pula.. baca dan nilaikan adakah artikel di bawah ini menghasut atau tidak?

AWAS!!! TENTERA SALIB AKAN MENYERANG MALAYSIA

Gerakan untuk mengkristiankan Malaysia telah menghampiri kemuncaknya. Perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang yg memutuskan untuk menjadikan Kristian sbg agama rasmi Malaysia & menjadikan orang Kristian sbg Perdana Menteri Malaysia telah menjelaskan apa yg tersirat di minda komuniti Kristian selama ini.

Gerakan penyebaran Kristian di Malaysia telah giat dilancarkan selepas tercetusnya Gerakan Kebangkitan Islam pada dekad 1970-an di negara ini. Sejak itu, pelbagai strategi halus dilakukan dengan sasaran mengkristiankan orang Melayu seramai mungkin. Lalu, berlakulah isu pemurtadan umat Islam seperti yg terjadi dalam kes Aishah Bukhari, Lina Joy dan ramai lagi. Ini semua bukan berlaku secara kebetulan tetapi memang telah dirancang dgn rapi oleh musuh Islam.

Semangat Perang Salib yg berlangsung selama 200 tahun tidak pernah padam di sanubari penganut Kristian. Selagi Islam tidak ditundukkan, selagi itu mereka akan meneruskan propaganda halus mereka menyerang Islam.

Islam di Malaysia memang telah diserang dari pelbagai sudut. Lihat saja anak muda Melayu pada masa kini. Celik mata saja hiburan. Akademi Fantasia (AF), Idola Kecil, Mentor dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa contoh) adalah segmen hiburan yg diadakan semata-mata untuk melalaikan anak muda ini dari dekat dengan amalan agama mereka. Ia memang agenda terancang musuh-musuh Islam tapi tidak disedari oleh sebahagian besar drpd kita.

Pemimpin Kristian yg terlibat semasa Perang Salib pernah menyatakan bahawa Islam tidak dapat dikalahkan dlm peperangan fizikal kerana mereka berperang dengan al-Quran di tangan kanan , manakala pedang di tangan kiri. Jadi cara untuk mengalahkan Islam adalah dengan menjauhkan mereka drpd al-Quran. Ia dibuat dengan cara halus seperti hiburan, menyebarkan cara hidup Barat & keseronokan dunia. Bila mereka sudah asyik dgn keseronokan dunia, jati diri mereka akan hilang. Lalu, mereka tiada kemampuan lagi utk mempertahankan agama.

Gerakan menyebarkan Kristian di negara ini bukan baru. Ia telah dijalankan sejak kedatangan penjajah Portugis lagi. Namun begitu, mereka tidak pernah berjaya. Orang Melayu masih teguh berpegang kpd ajaran Islam.

Status Islam sbg agama rasmi Malaysia tidak pernah disenangi oleh kelompok ekstremis Kristian. Mereka telah merancang pelbagai strategi untuk menamatkan status quo ini. Seperti yg aku tekankan sebelum ini, PRU 2008 telah mengubah lanskap negara ini dr pelbagai segi.

Perpecahan kronik orang Melayu Islam pasca PRU 2008 telah membuka kesempatan untuk kaum bukan Melayu untuk melancarkan perang saraf menguji ketahanan org Melayu. Pelbagai tuntutan melampau telah mereka suarakan kpd kerajaan. Mereka sedar org Melayu telah lemah. Org Melayu tidak mungkin dapat menghalang kemaraan mereka. Malaysia sudah semakin hampir jatuh ke dalam genggaman mereka.

Kini, puak komunis-zionis DAP telah menjumpai satu formula terbaik untuk menakluk Malaysia. Mereka tahu jika terus memainkan sentimen anti hak keistimewaan Bumiputera mereka tidak akan menang selamanya.

Mereka tidak boleh berdiri sendiri hanya bersandarkan kpd sokongan orang Cina. Jadi mereka mencipta satu formula iaitu dengan memainkan sentimen keagamaan. Mereka menghasut penganut Kristian bahawa kerajaan tidak melayan mereka dengan adil. Kerajaan lebih mengutamakan agama Islam.

Strategi ini amat bahaya terhadap kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Ia boleh mencetuskan konflik antara penganut Kristian dan Islam. Puak ini telah nampak formula sebegini boleh menguntungkan mereka. Mereka menjangkakan orang-orang Kristian akan menyokong mereka. Jika ia menjadi kenyataan, harapan mereka untuk menakluk Malaysia akan tercapai.

Ini berita yg amat menggemparkan umat Islam. Perang Salib baru telah dilancarkan terhadap umat Islam di negara ini. Selepas hak-hak kestimewaan kaum Melayu diserang, kini satu lagi serangan dilancarkan kepada mereka iaitu agama Islam. Jadi, telah lengkaplah serangan terhadap umat Melayu Islam negara ini. Apa lagi yg boleh kita perkatakan.

Kita mengharapkan agar kerajaan dapat bertindak dengan cepat bagi menangani isu ini agar ia tidak merebak ke konflik yg lebih rumit. Tapi apakah kita boleh mengharapkan 100% kpd kerajaan saja? Kerajaan Malaysia pimpinan Melayu dilihat semakin tidak berupaya untuk bertindak terhadap dalang-dalang dari puak minoriti ini.

Jadi, tak lain tak bukan orang Melayu sendirilah yg perlu bermuhasabah diri n merenung semula apakah kelemahan mereka selama ini. Orang Melayu perlu bersatu! Serangan terhadap mereka telah mencapai tahap yg melampau. Org Melayu tidak boleh lagi menjadi defensif. Mereka perlu melakukan serangan balas pula terhadap puak pelampau ini.

Sikap budi bahasa orang Melayu tidak pernah dikenang oleh puak pendatang ini. Mereka mengambil kesempatan terhadap sikap lemah-lembut kaum Melayu. Mereka menganggap kaum Melayu lemah. Tetapi mereka silap. Orang Melayu bangsa yg suka memendam rasa. Mereka tidak suka mengganggu orang. Tapi apabila mereka dikacau & tahap kesabaran telah mencapai kemuncaknya, kaum pendatang ini pasti akan menerima padahnya.

sumber gerakan anti dap.

13 comments:

Anonymous said...

Bukan tentera salib tp tentera warga asing yg melimpah ruah d M'sia ini utk memenangkan rejim Umno. Org kuat SPR, JPN, Imigresen adalah pengkhianat kpd negara.

Anonymous said...

Ini permainan politik melayu yahudi dalam barisan umno bn apco. siapa yang megendalikan stesen TV dan Radio malaysia kalau bukan puak ini , hiburan maksiat filem lucah semuanya ada dlm rancangan tv1 tv2 tv3 dan semua stesen . Jadi sapa yg melalaikan orang melayu dgn terlampau banyak hiburan yg melampau tak lain tak buakan umno bn apco pengkhianat bangsa dan negara.

faezal goering said...

menarik gak hujah mamat umno nih.. bernas sungguh... cuba kita tengok senarai penerbit/pengarah/ketua rancangan2 af ler, mentor ler, maharaja lawak ler.. ada tak nama2 kristian kat atas tuh.. rasa2nya sumer nama2 islam.. ke deme tu kristian tapi menyamar islam.. wallahualamm

Anonymous said...

Andai kata benda ni betul terjadi kat Malaysia...kita lihat siapa yg berani mempertahankan Islam dan siapa yg akan cabut dulu.

Anonymous said...

Woit...cepat bagitau kat ibrahim geli (panglima jihad)...hanya dia seorang harapan malaysia..
kah...kah...kah

JAKA said...

umno terdesak. guna isu perkauman, rakyat dah sedar, sekarang guna isu agama.

nak bagi umat islam gempar dan panik maka dikatakan tentera salib nak serang malaysia.

hahahahaha...

hari ni najib kata felda akan dijajah mcm 500 tahun dulu. lagi lawak perdana.

maknanya portugis akan dtg menyerang tanah2 felda tak lama lagi. hahaahha

panglima portugis bernama albulukaki akan menyerang felda. mereka akan masuk ke kampung mencari felda dan akan serang.

lawak sungguh dibulan puasa ni....kena control gelak sikit.

Awang bokchih said...

biaq dia seghang pih, kita tengok dan kita biaqkan puak2 AMNO yang kaki fitnah ni mampuih dulu baghu kita pi cek tengok berapa banyak puak AMNO ni dah kojol.lepaih tu kalau betui kita lawanlah.

Mischelle said...

Umno & BN dah rasa insecure. lpastu pakai nama & agama lain untuk fitnah. wake up m'sia.

serenity9260 said...

sumpah blogger umno ni boleh masuk maharaja lawak versi fitnah

Hidupan Paling Pantas Di Atas Bumi=10000 Kali Kelajuan Bunyi

Anonymous said...

eeeeee takuttttttt, tolong umno, tolong! tolong! tolong!

man said...

jangan mintak tolong UMNO.. mintak tolong pada panglima jihad... IBRAHIM ALI dan EZAM MOHD NOOR..

Anonymous said...

ala..rancangan2 hiburan yang dia sebok mnyalak tu PAS/DAP/PKR ke yang buat?..sape yang galakkan..dia taknampak ke bini PM mcmana rupe nye?..ade ke nampak mcm org ISLAM?...tah2 yang tulis ni pun KAFIR LAKNAT yang sngaje buat panas...bodoh lah!...kire MCA dan MIC tu xde org kristian la....BODOH LA BUDAK YANG TULIS NIH..KALO DAH TAU LAME KNAPE SKARANG BARU NAK MENYALAK SIAL LAH...PTUIH!!

ayakmaidinserdang said...

Aik apa dah jadi, dok kata kat DAP, last kali ajak jd kroni.YB LGE ingat lg masa kena tangkap kes RTC.Masih ingat thn 2000 PP ada issue murtad di summit BM yg merekrut pelajar masa tu KM koh Tsu Khon, UMNO diam aja. La DAP pulak yg di tuduh.Prgm IMam Muda patut di banyakan untuk masa depan akhlak ank muda kita, mudah mudahan diberkati ALLAH swt.Tapi jangan memperlekehkan org lain sudah ,faham faham aja-lah

Archive

Related Posts with Thumbnails