Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, August 4, 2011

Malaysia ada Timbalan Perdana Menteri lah Rosmah!!

Bernama melaporkan, semalam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke majlis jamuan berbuka puasa bersama menteri Kabinet dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor pun turut sama?

Apa punya Isteri nie??


Suami baru selesai menjalani pembedahan meletakkan otak di kepala lutut dan berehat di rumah, Isterinya pula sanggup meninggalkan suami di rumah semata-mata mahu menonjolkan diri di Majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong.

Apa dia ingat Malaysia ni tak ada Timbalan Perdana Menteri untuk mewakili Perdana Menteri dalam majlis tu kot???

Agong berbuka bersama Ahli Kabinet, perwakilan asing
03/08/2011 10:54pm

KUALA LUMPUR 3 Ogos — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat ke majlis jamuan berbuka puasa bersama menteri Kabinet dan perwakilan asing di Istana Negara di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak hadir pada majlis itu kerana sedang berehat selepas menjalani pembedahan lutut Isnin lepas.

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri, Abu Zahar Ujang.

Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk, Seri Mustapa Mohamed.

Duta asing yang hadir termasuk dari Arab Saudi, Kuwait, Tanzania, Afghanistan, Iraq, Indonesia, Brunei dan Jordan.

Majlis berbuka puasa itu diikuti dengan solat Maghrib serta solat Isyak dan solat Tarawih yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad. — Bernama


PM keluar hospital, mulakan tugas minggu depan

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memulakan tugas minggu hadapan apabila dibenarkan pulang hari ini, selepas selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri yang dibenarkan pulang ke rumah tengah hari ini akan menyambung sesi pemulihan untuk beberapa hari lagi sebelum kembali bertugas.

"Para doktor pakar yang melakukan pembedahan turut berpuas hati dengan hasil pembedahan serta perkembangan pemulihan Perdana Menteri yang telah mula berjalan sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib menjalani pembedahan 'arthroscopic' ke atas lutut kiri beliau Isnin lalu akibat kecederaan ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia di Putrajaya Mei lalu.

11 comments:

FARISZ@AZ.Com said...

Main futsal saja dah cedera , ini belum lagi jadi ketua pembangkang dan berdemo nanti.

Koleksi Video Seks Ustazah?

Duit Syiling Malaysia Siri Ke 3
.

Anonymous said...

baru kene sikiiiiiiittt je....dh terbaring di hospital....

main futsal je pn....

penternak_lipan said...

leh caya ker lutut dia problem sbb main futsal.ker kena hempap dgn hantu mak mah.kalau org lain sakit..sanggup pertikai main2.ni kena diri sendiri tak nak mengaku pulak kena tindih dengan hantu mak mah.ape daaa...

PakSu Man said...

Permaisuri Agong : Mana Bang Jib
Kak Mah : pala lutut cabut Tuanku
Permaisuri Agong : pasai apa jadi lagu tuu?
Kak Mah : Teghandaih katie Tuanku.
Permaisuri Agong : Amboiii cantik cincin hang Kak Mah.
Kak Mah : Terima kasiah Tuanku.
Permaisuri Agong : Nak tanya sikit boleh Kak Mah?
Kak Mah :Ampun Tuanku banyakpun boleh.
Permaisuri Agong : Beghapa duit Kak Mah beli cincin tuu?, beli dimana?
Kak Mah :regha dia murah aja Tuanku RM2,4000, tak p beli d mana2 depa hantaq mai, patik pilih d ghumah aja laaa.
Permaisuri Agong : laaaa tuu kaaa ingatkan macam depa dok ceghita dlm internet tuuu mahai sampai juta2!
Kak Mah : Ampun Tuanku jgn dok dengaq ceghita orang Tuanku.
Permaisuri Agong : Ya tak ya Mah nooo kena dengaq lam TV3/4 & baca Utusan Meloya ajaa Mah no baghu betoiii.
Kak Mah : Ya Tuanku
Permaisuri Agong : Haaa.. mkn2 sat gi nak p mayang pulak kena tonyoh rambut kala tu dulu.
Kak Mah : Hee...hee Ampun Tuangku patik cutiiii!

sekian alkisah sambil2 dok tunggu nak bukak posa.

Anonymous said...

entah2 x tinggal serumah kot jib & mah???

Anonymous said...

kalau tak pegi senang sangat org nak umpat dia dgn lakinya..hehehe! rosmah bijak weii..

Anonymous said...

Jauh bezo eh antaro orng kayo & miskin beribadah d bulan puaso ni. Klu la esey kayo mcm Cik Rosmah ni, dah brguni duit esey kluarkn utk bantu mereko yg susah & yg sonang tapi susah ni.

Anonymous said...

Kak Mah jaga la Bang Jib tu, sian dia kan baru buat operation pindah OTAK KE KEPALA LUTUT. Makin senang la hidup Kak Mah sekarang ye.

-wakleman

AntiAPCO said...

Pembetulan - Najib BUKAN main futsal, dia cuma sepak penalti! (tu pun dah kena operate lutut, lembik betul anak manja sekor ni!)

Anonymous said...

hello... hello..

tlg sikit... apa timbalan .. timbalan nie...


dah mcm mcm saya buat .. ingat laki saya dpt buat mcm apa yg saya buat .. i tau lah my husband ..

i'm wit the power ok

sian jgk kat Pn Sri Noorainee tak dpt peluang iring Permaisuri ..

Anonymous said...

mmg ros hebat tanpa laki pun dia boleh buat keje sbg pm yg tak bertauliah ..

ros sebenarnya ingin menunjukkan pakaian dr pereka pameran fesyen islam..

tp knape tpm tak iring agung?? sb yg iring permaisuri ros.. jd janggal lah dia nak iring agung ..

tak kena dgn protokol beb ..

Archive

Related Posts with Thumbnails