Najib pasti terkencing jika terbaca amaran dari Presiden PERKASA ini buatnya.. kalau tak terkencing pasti tidurnya tak lena..
Presiden PERKASA Ibrahim Ali buat lawak lagi.. kali ini Ibrahim Ali berkata ahli-ahli PERKASA sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang oleh itu beliau mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak.
Melakukan sesuatu?? ceh!! tak lebih dari seperti anjing menyalak bukit saja ugutan Pak Brahim ni.. bukit tak runtuh anjing yang letih..
Paling kuat pun jadi bahan lawak saja kenyataan Pak Brahim ini..
Perkasa beri Putrajaya kata dua jika gagal hukum Anwar, Ambiga, DAP
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.
“Ini keputusan kami hari ini,” kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.
“Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu,” kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi.
Katanya, Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.
“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” selar Ibrahim.
Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.
“Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa,” katanya.
“Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif,” katanya lagi.
Ibrahim juga mendakwa “majoriti senyap” kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit.
Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.
Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar.
Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.
“Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh.
“Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan,” kata Ibrahim.
The Malaysian Insider

16 comments:
kita tak perlukan apa2 lagi cuma nak tengok pak braheng lari bogel sama dengan mahadir.itu saja....
Sudah lah Pak Brahim oooo....apakah dah nampak salakan sebelum ni tidak juga mendapat tempat dihati Najib,now nak lakukan sesuatu....memalukan. Lebih baik anda diam dari anda dihina dengan lebih teruk oleh kanak2 nakal. Orang tua sudah la menganggap anda badut,nanti lalu dijalanraya anak2 pula mengejar anda..rakyat Kelantan malu dengan pengai demo nih....
Si katak memperbodohkan dirinya sendiri dengan mengembungkan badannya untuk mendapat perhatian rakyat dan satu hari akan pecah berkecai dan mati kataklah dia di tepi jalan.
Merapunya menjadi2 selepas mengkhianati Tok Guru Nik Aziz.
dalam mahkamah dialah yang putuskan anwar bersalah. Pak Brahim jd hakim, Syuib jd pendakwa, eskay jd saksi,
org bodoh melalak...sebenarnya dia nak rujuk dengan UMNO semula tapi syg org dah tak perlukan dia lagi. nak minta tolong PAS sorilah sebab dia dah gigit PAS.mana dia nak pegi lagi untuk jadi calon masa PRU13 nanti. Pertubuhan yang dipimpin pun hidup segan mati tak mau saja, tapi gembar gembur saja kata ada sokongan. kalau betu ada sokongan kita tengok apa jadi masa PRU nanti.
INILAH BALASAN DARI ALLAH swt...INSAFLAH SEMPENA SYAHRUL RAMADHAN AL-MUBARQ......
Ibrahim Ali ni betul2 ke...sbb biasanya Ibrahim Ali adalah pengampu Al Qubra si Najib...
Mat geli ini adalah orang tua suruhan Mamak kutty....
Dah nak mapus tak tahu berfikir...
Katak ni tak tentu hala sebab tahu ini penggal terakhir beliau. Lepas ni nak bertanding atas tiket apa? Atas tiket bebas?? GERENTI kalah! Orang Pasir Mas pun nak kapak je kepala pembelot ni!
najib mungkin tambah bekalan stock pampers dia. tak larat nak salin seluar dah.
nak biaq bagi dia merapu melalak sekoq2 dia pun tak patut sangat kalau kita tak jampok ,nak lebih2 bulan posa pulak
serangan bertali arus puak2 ultramelayu ni kemuncak sungguh dibulan ramadhan ni berbanding dgn bulan2 biasa. Bijak sungguh syaitan, bila dia dah kena ikat dibulan ini maka dia suruh belaci2 dia ni buat huru-hara kepada yg beriman. Perlulah kita berhati dgn ajakan, provakasi agen2 syaitan ini agar tidak tersasar amalan dibulan mulia ini.
MB Kelantan TG Nik Aziz bermimpi bertemu Rasulullah saw hanya sekali tapi TG Abdul Hadi Awang bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 3 kali lebih hebat lg, walau pun dlm mimpi tp seolah2 mrk bertemu secara hidup dan syaitan tak boleh nak menyerupai Rasulullah saw krn akan terbakar, inilah pemimpin Islam yg kita nak tp belaci pencacai2 umporno memang tak nampak ni sbb hati2 mrk dah terlalu kotor dgn sifat2 MAZMUMAH yg baik mrk kata tak baik dan gitu lah sebaliknya, dan org2 yg mengutuk2 ulama2 yg pernah bertemu Rasulullah saw memang akhir nya peranghai mrk akan merapu dan akhirnya akan jadi BIUL sbb Allah swt marah dgn manusia yg mencerca Wali AllahNya.
helmey:lepas ni brahim ali aku syorkn bli tikit bas loncat tu untuk bertanding pru13...
jgn buat malu perkasa lah brahim oooi..
kalau buat perhimpunan - polis tak buat roadblock.
kalau buat ceramah - kerusia dgn meja je yg datang.
kalau buat kecoh - mmg katak katak suka buat bising.. ong ong
yg aku nampak lah - lari pakai boxer je ... dan percaya lah tak de sesape pun yg akan salahkan brahim
tepi rumah aku banyak katak. hari hari buat bising. "rigghhhTT WRONNgg..coreeecctt" katak tu berendam dalam air. nampak mata sama muncung. bila aku keluar rumah nak baling batu katak katak tu nyorok. bila aku masuk katak buat bising lagi. tak habis habis dengan right wrong dia. sekali petir "gedeBOOM" senyap sunyi katak selama beberapa minit. tapi lepas tu dia bising lagi. akhirnya aku dapat terima hakikat bahawasanya katak memang begitu. sama seperti babi. kalau dah babi tu babi jugalah. contohnya pada zaman katak katak boleh bercakap. ada seekor babi. babi gemok leher tak ada. setiap kali makan babi buat bunyi kroookk krookk (bunyi babi) maka sang katak pun marah babi tu."dasar babi kau ni babi" "dah laa babi. babi!!" maka berkatalah babi itu. akukan babi.memang macam ni lah tabiat aku. apa yg kita boleh pelajari disini ialah dua. perangai katak memang serupa macam pak brahim president PERKASA yang tak ada penyokong. kedua ialah kalau dah babi tu korang maki/mencarut pun tak berkesan sebab memang dah babi. entah laa apa aku mengarut ni..hehehe pak brahim dah jadi katak..harap harap jangan jadi menatang tu dah ler. kalau dapat dua gelaran sekalipun..hmmm elok juga kan..hehhe
Post a Comment