Saudara Pengarang,SAYA sangat bersetuju dengan pendedahan berhubung warga asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah dan sangat gembira kerana ada anak Sabah yang berani membuat pendedahan ini demi masa depan anak cucu cicit kita.
Tidak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia kerana semua akui bahawa daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tungku dan Sandakan seolah-olah telah di kuasai oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) ini.
Senario ini boleh disifatkan seperti penyakit kanser yang pada mulanya patut ditangani lebih awal sebelum merebak. Kita boleh lihat sendiri dari pasar ikan, pasar sayur, pengusaha bas dan pengusaha teksi majoriti dikuasai oleh orang yang memiliki KPT yang tidak pasti asal usulnya.
Kini Persatuan Teksi Tawau dikenali sebagai PESARUM juga memiliki Pengerusi yang tidak dapat disahkan ketulenan KPT nya; tambahan pula orang seperti mereka ini di lindungi oleh VVIP politik.
Persoalannya, kenapa VVIP kita sanggup berbuat demikian sehingga melupakan anak bangsanya sendiri? Mana perginya agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Polis, Jabatan Pendaftaran dan SPRM? Semuanya seolah-olah senyap.
Tidur lena dalam kekenyangan rasuah atau takut dengan suara lantang VVIP politik terutama Kalabakan dan Sebatik yang melindungi PATI dan PADI ini.
Saya memohon kepada Mutalib M.D agar dapat terus memperjuangkan hak-hak anak Sabah dan menyiasat secara mendalam hingga ke akar umbi terhadap kenyataan saya di atas.
Sesungguhnya pokok tidak akan bergoyang sekiranya tiada penyebabnya!
Salam Hormat,
TAWAUCUN

8 comments:
Tak perlu pergi keSabah jauh-jauh.Lawat aje sekitar kawasan Chow Kit,Jalan Tengku Abdul Rahman dan Dato Keramat,Kuala Lumpur.Siapa yang menguasai perniagaan,hampir semua kedai dan gerai dipunyai oleh Indon.Bandaraya tutup 2 belah mata.Kuala Lumpur tidak lagi kotaraya Malaysia tapi sudah jadi mini-Jakarta.Sedikit mnasa lagi akan jadi mini-Bagladesh dan mini-Nigeria.
bandar klang pon gitu gak,
weekend tu dah jadi bandar antarabangsa!
takut beb, dah la cam org mkn org je aku tgk. bawak sploh lori pon blum cukop menampung diorang kat situ!
siapa yg buka pintu kota melaka supaya mudah diserang??? adakah portugis? belanda? inggeris?
sejarah berulang kembali tetapi dalam bentuk yg berlainan dan cara yg moden... kota kita kini tiada pintu kayu yang gadng seperti zaman dahulu... tetapi pintu kita adalah kad pengenalan...
siapakah dalang dibelakang kisah serangan penjajah ke kota melaka?... bukankah pembesar negeri..
sejarah berulang lagi tp dengan gaya yang berbeza... kini vvip yg setaraf juga dgn pembesar negeri...
renungkanlah... jgn akhir nanti anak cucu tinggal dipinggir hutan... dihujung tanjung, sementara kota raya dan gedung besar milik pendatang.... (penjajahan zaman moden)
Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah tukar kerajaan. Kerajaan baru hendaklah mengambil langkah untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab ke atas perkara ini dan sumbatkan mereka ini dalam Kem Kamunting.
ish..ish..ish.....jahat nya pemimpin umno ni! sanggup digadai maruah negara utk dapatkan undi?
Semakan SPR menunjukkan -
Jenis Pendaftaran : Pendaftaran Baru
Status Rekod : Dalam Proses Pengesahan Daftar Pemilih
Harap Maklum.
anon 11:51am,
If they are not qualify because they are not citizen, they should not be allowed to be registered in the first place. Why spr allow these peoples to register theselves as voters???
adakah supaya jika rakyat terlepas pandang daftar pengundi dan gagal membuat bantahan dlm tempoh seminggu, maka mereka akan disahkan sebagai pengundi?? INI adalah taktik jahat pemimpin umno, ini kerja syaitan.
Kenapa Johor sukar di telan masa mengundi? Silalah datang ke Johor, PATI lebih ramai dari Penduduk tetap. Siap ada perumahan, perkampungan.. isk..iskk... Sayangnya, Pembangkang macam buat tak nampak ajer isu ni. Cuba-cubalah siasat... Peniaga kat sini semua org dari luar... Nasib... Nasibbb. Sebenarnya Johorian itu sendiri menumpang di negara sendri dek kerana karenah org-org yg tamak kuasa.
Post a Comment