Tuesday, August 9, 2011

530,625 PATI didaftar .. tapi.. bagaimana mereka masuk ke Malaysia?

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

Selain dari boleh dimanipulasi untuk dijadikan pengundi UMNO/BN timbul lagi satu persoalan disini.. bagaimana lebih dari setengah juta orang PATI boleh masuk ke Malaysia?


Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan di sempadan darat dan lautan? jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil.

Sedangkan Singapura yang juga dekat dengan Indonesia jarang kedengaran berita sebegini..

Adakah ada unsur rasuah di sini?


530,625 PATI didaftar sejak 1 Ogos

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan.

Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran.

"Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.

"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya.

Bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan, Alwi berkata pegawai Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pemantauan agar syarikat-syarikat ini mematuhi peraturan dan undang-undang.

Beliau berkata perkhidmatan sama yang diberikan syarikat pengurus turut diberikan secara percuma oleh kerajaan menerusi pejabat Imigresen di seluruh negara.

"Justeru, tidak timbul isu KDN mengeluarkan arahan bayaran tambahan selain daripada yang telah ditetapkan," katanya.

Alwi berkata sebarang aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886-8110 / 8112 beserta maklumat terperinci untuk tindakan lanjut di pihak KDN.

"Amaran akan dikeluarkan dan pemantauan akan dibuat terhadap operasi syarikat berkenaan. Jika didapati berulang, hak kebenaran untuk mereka beroperasi menerusi program ini akan dibatalkan," katanya.

- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails