Wednesday, August 10, 2011

5 Bekas Pemimpin PKR sedia jadi saksi kes Anwar

Kelima-lima bekas Ahli PKR yang mendakwa diri mereka adalah rapat dengan Anwar melebihi Wan Azizah tiba-tiba terhegeh-hegeh mahu menjadi saksi kes tuduhan liwat itu beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.


Tak ada kena mengena? Bagaimana pula Najib dan Rosmah boleh dikatakan oleh mereka sebagai tidak ada kena mengena sedangkan di awal perpicaraan lagi nama Najib dan Rosmah telah timbul ?

Jika mereka tidak ada kena mengena untuk apa pihak Polis merakamkan kenyataan mereka?

Kes liwat: Polis rakam kenyataan Najib, Rosmah

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya telah direkodkan oleh seorang pegawai polis yang menyiasat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan Jun 2008.

Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira berkata Saiful, yang menuduh Anwar meliwatnya pada 26 Jun 2008, ada bertemu dengan perdana menteri dua hari sebelum kejadian.

“Beliau (Jude) ada kenyataan ... daripada kedua-dua mereka,” kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kepada pemberita selepas perbicaraan hari ini.
Yusof merujuk kepada Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Jude berkata beliau ada mengambil kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak mengatakan bila menemui Najib.

“Dia (Saiful) ada menemui sebelum 26 hari bulan, pada 24 (Jun 2008), untuk mengadu mengenai beberapa insiden sebelum itu,” kata Jude hari ini tanpa menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan insiden-insiden itu.

Jude juga tidak mengatakan kandungan kenyataan yang diambil daripada Najib dan Rosmah.

“Apa sebenarya berlaku antara 26 hingga 28 (Jun)?” soal peguam Anwar, Karpal Singh.

“Dia (Saiful) menemui beberapa (orang) ... mengadu kepada Rahimi (Osman), Ezam (Mohd Noor),” kata DSP Jude, yang merujuk kepada beberapa ahli dan pemimpin PKR.

Karpal juga bertanya sama ada Saiful ada bertemu dengan Rosmah dan Datuk Mumtaz Jaafar, bekas atlet yang dikatakan pembantu rapat Rosmah.

“Mumtaz ada, betul? Rosmah?” soal Karpal.

“Tak pasti sangat,” kata DSP Jude.

“Najib Tun Razak?” soal Karpal.

“Tidak. Selepas insiden itu, tidak,” DSP kata Jude.

“Anda mengambil satu kenyataan daripada Datin Rosmah?” soal Karpal.

“Ya,” kata DSP Jude. – The Malaysian Insider


Berita berkaitan..

5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri.

Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit.

Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

"Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara," katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

"Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan.

"Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu," katanya.

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu.

Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

"Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,'' ujarnya.

Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails