Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, August 6, 2011

250,000 Undi lagi buat BN!!

BUTTERWORTH: Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.


"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

"Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di sini hari ini.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan.

Beliau berkata, mereka yang mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu.

"Setakat ini seramai 120 orang sudah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya.

Katanya, program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi. - BERNAMA

6 comments:

yus said...

Macam mana kat PTG PAUH ada ka depa ni......

Anonymous said...

Klu mcm ni gayanya, jika BN letak calon beruk pun boleh menang. Selepas SPR & JPN, kini Imigresen plak trlibat sama dlm mmbantu calon BN menang PRU akn dtg. Teruk dah sistem negara kita ni. Tiada lagi maruah & jati diri.

penternak_lipan said...

malusss..dgn kerajaan kita.tak ada lagi dalam dunia..satu2 kerajaan sebuah negara merayu pati dgn bersungguh2 untuk mendaftar sebagai pekerja yg sah kononnya untuk pemutihan.sedangkan negara lain.setiap pati akan diburu mengikut nas undang2 yg sedia ada.tanpa memberi sebarang tolak ansur kerana ia akan melibatkan kedaulatan dan ekonomi negara.kalau nak masuk..sila masuk ikut nas undang2 yg ditetapkan oleh sesebuah negara.tapi kat sini lain.bila dalam sedar dan tak sedar pati dah berjumlah hampir 2 juta yg tak berdaftar.apa jadi dgn sistem penguatkuasaan .tidoq ka waktu tu?.tahap kronik ni.kalau betul2 nak buat pemutihan kerahkan semua tenaga kerajaan termasuk tentera untuk memburu mereka dan menghantar pulang.buat apa nak rayu2.negara ni bukan PATI yg punya.kalau nak datang balik baru sistem biometrik dikenakan atas pendatang tu kecuali ada udang disebalik mee.

serenity9260 said...

rasanya macam nk bagi terajang je le bn ni.mcm mana indon tak piajk kepala kalo krajaan manjakan diorg je??


1.Kereta Control Mario Kart
2.Coklat Dibuat Dengan Belon(23 Gambar)
3.Smartphone Terbaru Motorola,Motorola Photon 4G Berkuasa NVIDIA(10 Gambar Dan Video)

Anak kg pertama said...

Yang pi sekolah buat habis duit mak pak aje..nak kata bodoh bukan lembu..pi le tanya SPR undang2 layak pengundi...pi le cari geng2 PATI mana yg dah dapat mykad?

Anonymous said...

PR bole menang ka kalau mcm ny jdinya sistem UMNO pkai??

Archive

Related Posts with Thumbnails