Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, August 3, 2011

1,100 Penduduk Tetap sudah jadi Pengundi di Selangor..

PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.


Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.

Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.

"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.

Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.

Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.

"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.

Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.


Harakahdaily

9 comments:

Anonymous said...

Haaaiiishhhh....Malaysia2...
ape dh nk jd nih....
makin lame makin truk...
jgnla sokong UMNO dan BN lagi....
makin perintah, makin truk dan makin kontroversi....

kpd org yang PEKAT UMNO dan BN tuh....
ubah2 lah kpd Pakatan Rakyat....
bg diorg pluang memerintah di Mlysia ni...
isu2 makin lame makin truk dan berlambak...
xsetel2 lg...

Kes Sarbani dan TBH, Kes Scorpene, Kes Cincin 24Juta, Kes Wahabi, Kes Taib Mahmud (Menteri Sarawak org kaya) dan mcm2 lagi kes....udah2 la tu...

skrg masa utk Pakatan Rakyat memerintah....bg UMNO dan BN rehat puas2...

Anonymous said...

Ni mmg pengkhianat negara....Jika ada kuasa pun biar lah guna dgn betul dan berhemah serta bertanggungjawab dan amanah...Apa guna ada RUKUN NEGARA, ada undang2, ada perlembagaan tp semua dilanggar kerana tamak haloba...Yg BATIL akan musnah

Anonymous said...

SPR menjadi belaci umno menipu.
nampaknya spr buat banyak "silap" dalam dafter pemilih. kalau rakyat dpt kesan dia kata "kecuaian" kalau rakyat tak dpt kesan....maka untunglah umno.
----------------------------------
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi, menjelaskan bahawa tempoh bantahan berakhir semalam.

"Mereka yang tidak menerima apa-apa bantahan akan diwartakan (sebagai pengundi). Mereka yang menerima bantahan akan tertakluk kepada proses pengesahan," katanya
-----------------------------------
Kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan semalam, status Mismah dalam sistem pengesahan dalam talian JPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi kemudiannya, berkata ia mungkin berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi.

PakSu Man said...

SOKONG di adakan "sidang tergempar Parlimen" bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR)
Bang Abdul Aziz Yusof ikhlaskah kamu dlm menjalankan t/jwbnya sebagai Pengerusi SPR, kalau maklumat yg didedahkan ini benar maka kamulah antara org yg layak dikenakan ISA bersama2 K/Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kalau didunia ni kamu pusing lepas di Akhirat mana mau pusing?
KANTOIIII maaaa!

Anonymous said...

Buat apa buang masa hadapkan ke sidang parlimen. Usul ni kerajaan akan tetap menang punya.
Terus saja minta perintah mahkamah untuk berhentikan pemberikan kewargaan. Senang ceta.
Kalau tak dapat buat Bersih 2.5 bawa ke agung minta Sasiatan Diraja dan minta gantung semua proses JPN, tak dapat juga minta kat PBB.

Anonymous said...

Rakyat ada kuasa buat 'citizen arrest' sama itu Pesuruhjaya SPR dan JPN hukum mereka dengan sewajar nya. Baru mereka tahu sampai maba mereka boleh berselindung...buat demo 'Arrest SPR/JPN 1.0'

Macam ASD?

Anonymous said...

nanti,bila kita tanya,Timb.SPR kata"itulah..kamu kena faham undang2...."undang2 kepala hotak udang galah...eeeee geramnya aku,ada yang tak pasal kena lempang nanti..

Dr Rita Coolidge said...

buang mase baca blog PR .semua macam sampah..fitnah tak habis2..hari tu sibuk sembahyang tonggang tonggek dalm stadium hindari hindari fitnah...alih2 puak2 lahanat ni plak amalkan fitnah..
dah lah amalkan fitnah..bodoh dan bebal plak tu??
inijak pemimpin yang mahu terajui malaysia???

penternak_lipan said...

dr. rita kulummai sat.
yg hang sakit hati kenapa?kalau fitnah knp tak saman.sbb ini mencemarkan krealibiliti SPR dan JPN jika ada teguran dan kritikan patutnya.siasat...puak2 PR minta siasat.hang paham ka dak?

Archive

Related Posts with Thumbnails