Thursday, July 21, 2011

Teoh Beng Hock Bunuh Diri?

Ini berita yang dipetik dari TV3 pada 05/01/2011 lalu

Lebih setahun mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar.

Namun kerana tiada bukti kukuh, Mahkamah Koroner memutuskan satu keputusan terbuka bagi kematian Teoh Beng Hock.

Koroner, Azmil Muntapha Abas menjelaskan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh, selain menolak pembabitan pihak ketiga.


Koroner Azmil menjelaskan ada beberapa sebab mengapa keputusan itu dibuat.

Beliau berkata keterangan pakar hanya menyatakan nota bunuh diri ditulis Teoh, namun tidak membuktikan tahap kewarasannya sebelum ditemui mati.

Keterangan ahli keluarga mendiang sebaliknya, menolak kemungkinan Teoh membunuh diri.

Bagi pembabitan pihak ketiga pula, ia kurang kukuh kerana keterangan tidak mempunyai sebarang nilai sebagai bukti.

Sekadar hanya 'mengagak-agak' mangsa jatuh dari bangunan.

Teoh, 30 tahun ditemui mati 16 Julai 2009 di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi kenyataan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Inkues yang didengar sejak 29 Julai 2009 diadakan kerana kematian Teoh menimbulkan persoalan.

Mendiang mati beberapa jam selepas disoal siasat SPRM berhubung dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Teoh Lee Lan / Adik Mendiang Teoh Beng Hock: "Kami sangat tak puas hati dengan keputusan hari ini. 'Open verdict', adakah ini jawapan yang kita nak?! Kami mahu minta keputusan. Siasat bagaimana inkues dijalankan."

Gobind Singh Deo / Peguam Pemerhati: "Saya rasa mereka perlu membuat siasatan lanjutan mengenai kes ini."

Prosiding inkues dikendalikan peguam dilantik kerajaan, Tan Hock Chuan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas.

Sementara SPRM diwakili Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Datuk Abdul Razak Musa.

Karpal Singh dan Gobind Singh Deo hadir sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Beng Hock.


Hari ini pula....

Suruhanjaya Dapati Teoh Beng Hock Bunuh Diri

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutua, Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu - UMNO Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails