Tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang terus-terusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin?
Kenyataan Media: Siapa Lebih Berkuasa? Agong, Najib atau Hisham?
Respon kepada tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang terus-terusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin?
Ini kerana, secara jelas Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini. Maka, Hishammuddin seharusnya taat dan patuh, seperti seharusnya sebagai seorang Melayu dan warganegara Malaysia.
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri nampaknya sudah lepas tangan dan ketidak-upaya lagi untuk menambat dan mengawal perilaku buas Menteri-menterinya.
Malah sebaliknya terus memberikan perlindungan tertinggi buat mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya. Kedayusan Najib ini melihatkan seolah beliau kini menjadi Pak Turut dan mangsa buli Menteri bawahannya pula.
Maka, hancurlah Ketuanan Melayu, berkaratlah hunusan keris yang Umno perjuangkan selama ini apabila Menterinya sendiri nampaknya sudah tidak lagi menghormati YDP Agong dan Perlembagaan.
Selain dari 8 tuntutan Bersih sedia ada, kami juga menuntut agar:
1. Hishammuddin segera membebaskan kesemua 194 tahanan, termasuk 6 yang ditahan dibawah Ordinan Darurat.
2. Menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barangan Bersih yang telah dirampas.
PDRM harus bekerjasama mengawal keadaan, bukan memburukkannya lagi.
Sekian. Terima kasih.
YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

6 comments:
lepas nie kalau TV3 keluaq statement be end DERHAKA Agong, aku berani potong kuku..hahaha
TERKINI!!:
MAJLIS RESEPSI NOH & MIZZ NINA!!
10 SENJATA PERANG ZAMAN SILAM!!
ASD,
ada lagi satu group...kabinet.
Pentadbiran negara jadi haru biru sejak najib bini rosmah jadi PM.
YDP Agong kata lain, najib buat lain, hisham pula dengan idea kepala otak bodoh dia sendiri dan kabinet pula suruh polis lain....ni siapa yg sebenarnya berkuasa dan beri kata putus di malaysia sekarang ni????
----------------------------------
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Kabinet telah memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan.
Budak ni mat tuak atau mat todi?
Semua depa betui.....dasar sipenakut menghadapi kebenaran dan keadilan....dah banyak penyelewengan
Tumbangkan...........
10 july 2010 najib tun razak perdana menteri malaysia. kesian kat sam ketot .
ada keraguan, - bolehkah Najib memerintah Mlaysia ni- asik problem je.Lepas itu tak leh settle pulak.
Dua ekok yang bunuh altan tuya ada dibawah kementeriannya . Agak agak dimana mereka berada sekarang.
Post a Comment