Thursday, July 7, 2011

Siapa Hishamuddin nak perbodohkan ni?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) masih diiktiraf sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan perlu memohon permit polis jika mahu mengadakan perhimpunan walaupun dalam stadium.

Kata Hishamuddin tu.. dia nak perbodohkan siapa entahlah.. kerana antara syarat yang diperlukan bagi mendapat Permit untuk mengadakan perhimpunan, pemohon mestilah persatuan yang berdaftar sedangkan BERSIH telah diistiharkan sebagai pertubuhan haram yang tidak pernah didaftarkan.


Berbelit-belit Hishamuddin ni cakap.. Dah Pertubuhan Haram.. nak dapat permit macam mana pasal tak memenuhi syarat?? Mohon macam manapun tak akan dapat punyalah..

Kenapa dia tak mahu cakap permit tidak akan dikeluarkan bagi BERSIH kerana pertubuhan itu haram?

Kalau pertubuhan yang tak diharamkanpun mustahil untuk BERSIH mendapat permit kerana masa yang diperlukan untuk memohon permit dari pihak Polis pula sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh perhimpunan..


BERSIH tetap haram ikut Akta Pertubuhan 1966

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) masih diiktiraf sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan perlu memohon permit polis jika mahu mengadakan perhimpunan walaupun dalam stadium.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata isu BERSIH mahu mengadakan perhimpunan berkaitan dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang perlu dipertimbangkan polis.

“BERSIH masih diharamkan kerana tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan, malah Pendaftar Pertubuhan mengisytiharkan pengharamannya berdasarkan nasihat Peguam Negara.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kelmarin BERSIH juga perlu mematuhi Seksyen 27 (Akta Polis) yang mewajibkan kelulusan permit bagi mengadakan perhimpunan.

“Selagi mereka diharamkan, tindakan berhubung dengan sesuatu yang haram masih tertakluk kepada undang-undang dan kita konsisten dalam pelaksanaan undang-undang,” kata beliau di pejabatnya, di sini, semalam.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima mengadap rombongan BERSIH yang diketuai pengerusinya, Datuk S Ambiga, bagi membincangkan perhimpunan Sabtu ini dan pihaknya bersetuju dengan cadangan kerajaan perhimpunan di stadium.

Hishammuddin berkata, walaupun tidak dapat bercakap bagi pihak Tuanku Mizan mengenai titah baginda, beliau akur ada fakta yang tersurat dan tersirat dalam pemikiran Yang di-Pertuan Agong serta pemimpin tertinggi negara dalam mencapai objektif menghentikan demonstrasi jalanan demi menjaga keselamatan.

Beliau juga menegaskan tidak berganjak daripada pendapatnya bahawa perarakan jalanan yang dirancang itu sesuatu yang serius berdasarkan hasil siasatan setakat ini yang dimaklumkan kepada orang ramai selain beberapa perkara yang masih dalam siasatan.

Namun, Hishammuddin menyuarakan lega kerana dengan pembabitan Yang di-Pertuan Agong, sebarang kejadian tidak diingini seperti jika demonstrasi jalanan dibenarkan dapat dielakkan dan percaya Ambiga juga mempersetujui beberapa syarat bagi membatalkan perarakan itu.

“Keengganan memohon permit bagi berhimpun adalah keterlaluan. Selagi tidak memohon kita tidak tahu apa agenda sebenarnya.

Hishammuddin menegaskan, walaupun BERSIH adalah gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah, ia masih dianggap entiti haram dan tindakan terhadap penyokongnya tetap diteruskan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tidak ada keperluan untuk penganjur BERSIH memohon permit polis berhubung perhimpunan 9 Julai ini kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails