KUALA LUMPUR, 7 Julai — Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya “diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.”
“Daripada bertindak ke atas penyelesaian, mereka telah membawa alih jalan penyelesaian (yang ada),” kata Ahli Parlimen Rembau ini.
Pemuda Umno memutuskan untuk tidak mengadakan perhimpunan balas selepas Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan mengadakan perhimpunan aman di dalam stadium iaitu Stadium Merdeka.
“Perintah mahkamah telah menegangkan situasi. Sekarang penyokong saya, penyokong Perkasa dan penyokong Bersih kecewa.
“Situasi sekarang terawang-awang. Tidak siapa pun tahu apa langkah menyusul,” katanya sambil menambah, kepimpinan Pemuda Umno akan bertemu pagi esok bagi membincangkan opsyen.
Terdahulu, Khairy (gambar) menghantar mesej Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati “saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan ‘WTF’?”
Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan juga mempersoalkan keikhlasan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengadakan pertemuan dengan mereka di Kuala Lumpur petang.
Pada pertemuan itu, Ambiga berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perintah melarang mereka memasuki ibu negara yang diperoleh.
The Malaysian Insider

12 comments:
KJ jangan marah-marah...kerana itu kehendak parti yang YB sertai malah YB adalah Ketua Pemuda sewajarnya YB menerima hakikat ini dengan hati yang terbuka.......kuasa ditangan pemerintah - UMNO/BN.
Ni lah yang aku cakap lama dulu, The seige of KL dah berlaku, KL dah dikepong, aku cuma tak tervisi yang ada orang yang akan diharamkan masuk KL, malah semua panglima2 demonstrasi pun tak terfikir sikit pun yang mereka akan diharamkan masuk KL. Kali ini polis berfikir one step ahead maka aku kata well done kepada polis kerana benar2 buat panglima2 tu mati akal. Jalan dah tutup, stadium belum tentu buka, ditambah dengan kemungkinan putus komunikasi fon dan internet (kecuali fon satelit), kalau dalam perang bila komunikasi terputus itu memang mengundang kekalahan kerana maklumat dan arahan ketua tak dapat diterima, maka askar2 di medan tempur akan berperang seperti orang buta.
Dalam situasi begini punya teruk pun BERSIH sudah cukup hebat sampai KL pun jadi tanah haram.
Percayalah stadium merdeka tak akan dibuka, dan polis memang tak bermaksud langsung untuk membenarkan apa pun perhimpunan walau diluar stadium pun. Bersih hanya mampu berkumpul di sempadan KL yang dipagari dengan ratusan ribu polis di semua jalan masuk.
Bersih betul2 panas sampai Najib pun tak sanggup duduk dia nak cabut ke luar negara untuk ikut perkembangan dari jauh secara remote.
Belum march on pun BERSIH, macam kata kata mat salih "has won half of the battle".
Ahli Pakatan Rakyat sedia ada memang benci UMNO/BN.
Sekarang rakyat umum dah sedia benci UMNO/BN.
Sekarang ahli UMNO/BN sendiri dah mula nak benci UMNO/BN... cuma tinggal pencacai je yang masih mempertahan UMNO/BN.
Sekarang tunggu polis dan SPR sendiri benci UMNO/BN.
Itulah masa UMNO/BN tumbang secara keseluruhannya.
InsyaAllah tidak lama lagi, tidak lama lagi... tidak lama lagi.
Aku tidak percaya apa yang Khairi marahkan, itu hanyalah lakonan politik sebab dia + UMNO + Perkasa + Polis adalah dari species yang sama..
polis sial mencabar berseh menakluki DATARAN MERDEKA, tu sebabnya dia menghalang utk ke mana stadium, AMBIGA GERAKAN KE DATARAN MERDEKA
sape yg rugi bila takde org leh masuk KL?. Jgn salahkan BERSIH!. Toke Mydin leh gi ngomel kat PDRM dan kerajaan BN sbb dah rugi juta2. Ingat! jgn salahkan BERSIH!. Padan muka peniaga-peniaga yg byk songe kununnya mereka rugi bila ada demo. skang korang rasakan...korang lansung takde bisnes. la la la lalala
hahahaha,wey,orang da taknak kaw la.g tdo ke,jual krepek kat rembau ke.xde org marah pon.nk bersara buat cara nak bersara
1.Lelaki Jepun Pecah Rekod Dunia Sekali Lagi Dengan Makan 69 Hot Dog
2.Basikal Berjalan Pertama Di Dunia(Apa Ni!!??)
3.Lens DSLR Untuk iPhone
khairy ni satu satunya benda baik yang dia lakukan ialah sertai misi flotila ke gaza . khalid samad pun takut nak sertai . Pas dan PKR lagi lah nak nyatakan pendirian kecam israel pun tak berani .
Lain dari tu khairy ni hampeh . alaaa jadi ketua pun sebab orang hormat pak mertua dia . alaaa macam nik abduh anak nik aziz tu . macam gak govind ginh dan lim guang eng. khairy ni liabiliti umngok . kalu PKR berkenan , ambik lah . free jer .
KJ nak menunjuk2 dia kan graduan Oxford..haktuuui setakat ngaji pakai duit rakyat..
yg ambil biawak hidup ni selalunya UMNGOK... dan yg suka katak pun AMNGOK.. apa ngok tu.. bonggok..? tonggok..?
dan seterusnya nama nama yg kau lupa anak dr m... anak tun razak... anak tun hussien...
klau kau sendiri bg nama UMNGOK... bukan khairy sorng je liabiliti dan yg tonggok.. yg bonggok... termasuk kau !!! Ya engkau !!!
antara anak dr m dan anak menantu pak lah... rasanya bagus lagi menantu pak lah... cuba kau guna otak 'WTF' tu dia tuju kpd sape??? kira dia berani lah...
kebencian rakyat terhadap umno/bee end.polis, tuk jib dan biig mama makin terserlah yg syg umnoigok hy sebilangan kecil spesis pencacai umnogok aje. insyaAllah PRU ke 13 ni adalah zaman terakhir umnongok bee end memerintah bumi malaysia, aku dan k'ga ku cinta akn umno 46 tp x sedikit pundgn umno baru, YDPA bg kebenaran dan minta k'jaan cari jalan penyelesaian tp tuk jib, hishamuddin dan polis menunjukkan sebalik nya mana satu yg betul gaji polis di byr dgn duit rakyat termasuk yg ada dlm BERSIH bukan duit tuk jib dan Big mama.
Pandai betul Khairi buat2 terkejut UMPORNO ni memang pandai hipokrit, macamlah kami ni bodoh.......
MEnantu Ayah ni, memang pandai.....
Post a Comment