Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, July 6, 2011

Polis sebabkan kesesakan teruk




Kuala Lumpur dan jalan sekitar sesak teruk akibat sekatan jalan raya yang dilakukan polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0), Sabtu ini.


Polis bertindak demikian meskipun Yang di Pertuan Agong telah menitah dan memperkenan supaya himpunan aman tersebut dijalankan di stadium.

Antara jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan, lapor Malaysiakini.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing. Ada yang meluahkan perasaan mereka di laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar berkata beliau mempersoalkan tujuan sebenar polis berbuat demikian, yang secara jelas cuba menakut-nakutkan
rakyat yang mahu berhimpun secara aman Sabtu ini.

“Agenda apa yang diaturkan mereka di sebalik sekatan jalan di pintu-pintu utama masuk ke ibu negara, apakah ada agenda lain daripada polis,” ujarnya.

Menurutnya, ia juga membuktikan polis engkar kepada Titah Khas Yang dipertuan Agong yang memperkenan himpunan itu diadakan di stadium.

“Taktik ini selalu digunakan polis dan pihak tidak bertanggungjawab bagi menggagalkan perhimpunan dan rancangan rakyat,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=16651

2 comments:

pepyh said...

betull..lepas tue xpayah salahkan rakyat plak..

BAHANGNYER TERASA !!
LOKASI BERSIH 2.0 DIDEDAHKAN!!
TAMPARAN HEBAT UNTUK UMNO!!

penternak_lintah@lipan said...

apa bila polis buat sekatan jalan raya sampai jem macam ni..kita patut puji pada para2 peniaga,pemandu teksi dan sewaktu dgnnya ..yg kalut komplen pasal perniagaan mereka akan mengalami kerugian jika BERSIH dijalankan.harap2 apabila jem macam ni para peniaga dan pemandu teksi dapat melipat gandakan hasil mereka dgn jayanya...dan mintak PDRM buat sekatan ni sampai habis ujung taun ni..sbb pemandu teksi akan berasa bersyukur kerana perniagaan mereka akan menjadi laris termasuk para peniaga..sbb org ramai tak dapat lalu masuk/keluar KL.itulah mungkin cara pemikiran UMNOPORNO.kerana jika org tiada...perniagaan mereka akan laris..dan jika org ramai...mereka akan mengalami kerugian.

padan muka angpa..!!!!
syabas...

Archive

Related Posts with Thumbnails