Saturday, July 30, 2011

Pilihanraya semakin hampir.. Mereka dibebaskan..



KUALA LUMPUR 30 JULAI : Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan kesemua enam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan lewat petang semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari, tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan.


Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Katanya ini kerana, pembebasan kesemua enam tahan terbabit adalah perlu dibuat segera atas alasan mereka tidak melakukan kesalahan.

“Kita mengalu-alukan pembebasan tersebut tetapi tak perlu kita ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana penahanan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan yang memberikan jaminan hak kebebasan kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Adun Manir itu berkata demikian sebagai mengulas laporan berita yang menyatakan bahawa pihak polis membebaskan 6 aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Menurut Harun Taib, pembebasan kesemua tahanan EO semalam jelas menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus sedar dan akur terhadap kesalahan mereka sekali gus terpaksa membebaskan aktivis terbabit.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh merampas serta menafikan hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan.

Lewat petang semalam, keenam-enam pemimpin PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang ditahan sejak 28 hari lalu di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan.

Mereka ditahan dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails