Saturday, July 2, 2011

Perhimpunan Haram diKomtar : UMNO tak terlibat?

Tersedak aku bila membaca kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman ini..“Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang..

Patutlah selama ini bila ada demonstrasi di Pulau Pinang oleh UMNO beratus ribu yang hadir..


Umno PP nafi terbabit demonstrasi Komtar

GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang menafikan penglibatannya dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno negeri itu tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.

“Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa Umno negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat.

“Kita sedia maklum anggota Umno di Pulau Pinang berjumlah 150,000 orang. Kalau Umno yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam 1,500 orang termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng. Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

Bagaimanapun Zainal Abidin berkata terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini.

“Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terlibat dengan NGO. Mereka pergi (demonstrasi) atas nama NGO sendiri,” katanya.

Beliau berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

“Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawa keadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu.

“Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai, kalau mereka buat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankan kerja seperti biasa,” katanya.

Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails