Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, July 11, 2011

Peniaga KL Rugi RM 40 Billion gara-gara BERSIH

Kuala Lumpur, 10 Julai – Para peniaga di sekitar Kuala Lumpur hari ini mendakwa mereka kerugian hampir mencecah RM 40 billion gara-gara perhimpunan haram BERSIH semalam.

Makcik Ros, seorang peniaga karipap mendakwa beliau kerugian kira-kira RM 56.89 juta selepas perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan bertembung oleh peserta perhimpunan haram BERSIH.

”Selalunya Makcik buka jam 8 pagi dekat Central Market, tutup jam 12 tengah hari dengan jualan purata RM 30 juta hari biasa, dan RM 50 juta hari minggu”, kata Makcik Ros dengan nada kecewa.


Manakala seorang penjaja aiskrim, En Din Yasin, merungut jualannya merosot mendadak daripada RM 7 billion setiap hari, tetapi semalam hanya RM 68.90 sahaja.

Selalunya pada hujung minggu ramai kanak-kanak akan membeli aiskrim miliknya, tapi semalam ia berkurangan.

”Saya amat marah kepada BERSIH”, kata En Din Yasin dengan nada tegas.

“Selalunya jualan kami mencecah RM 37 juta sehari, tapi hari ini terpaksa makan sendiri sahaja…”, kata Kak Ros dan Pak Jib ketika membuat sidang media selepas BERSIH.

Peniaga cendol, Pak Jib pula hampir sama ceritanya, beliau menganggarkan kerugian yang dialami semalam kira-kira RM 65 juta untuk cendol biasa, RM 38 untuk cendol special serta RM 96 untuk cendol aiskrim.

”Semalam saya tidak berani untuk membuka gerai cendol saya di Puduraya”, kata Pak Jib kesedihan.

Sementara itu, Persatuan Peniaga Roti Canai Kuala Lumpur (PERCOKAI) Encik Ebrehem Alikatak berkata, setakat laporan yang diperoleh lewat petang semalam, anggaran kerugian penjaja-penjaja roti canai seluruh Kuala Lumpur dianggarkan RM 28 billion.

”Ia adalah anggaran sahaja untuk roti canai biasa, dan tidak termasuk roti telur, roti sardin, roti tirai, roti pelempang dan lain-lain”, kata Encik Ebrehem Alikatak sambil menepuk meja.

PemudaGombak.com

8 comments:

Anonymous said...

Depa yg dok habaq rugi ratus2 juta tu harap LHDN buka mata laaa... hangpa blh kaut cukai juta2 gak tu!!

Anonymous said...

Sah semua peniaga tu adalah warga Indonesia yang berniaga di sana. Mereka tibai pakai nilai rupiah.

Anonymous said...

ni mesti jual karipap inti berlian dengan batu permata

Ahanju said...

hahahaha..lawak je dengar

TERBAIK SAAT INI!!:
MODEL TERBARU KERETA VIOS!!
PELACUR MELACUR DALAM RIMAH TERES!!

Anonymous said...

nahaih..millionaire trus juai karipap ja...hahahaha

Bombo said...

akal peniaga ni sorok kat lutut,adakah jual karipub juta2 masukk gila punya hebahan,ini munkin kursus perniagaan dgn umnobrok,aku ni bisnes kat hotel 5b pun terlolong2 nak dpt 10k pun susah 1hari,ni mcm otak umnogok berok bisnes barangkali,5j rupiah,kah,kah,kah bodo2 punya statement,baik kencing aje berok kat hutan pun tak caya lu...

Brother M said...

hahahahha.....memamg hebat gilerr jual karipap blehh untung juta2 dlm sehari...baguih idea ni buat modal bila nak masuk dlm raja lawak ...hhahhahah harap maaf tergolek2 aku ketawa niii..

Anonymous said...

jual karipap dekat kl je da berjuta.kalosatu malaysia??wakakakaka

1.Bayi Terbuang Yang Kesian
2.Set Permainan Sebenar Angry Bird
3.Kek Sebenar Angry Bird

Archive

Related Posts with Thumbnails