Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, July 5, 2011

Pakatan terima Himpunan Bersih 2.0 di stadium

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pemimpin Pakatan Rakyat menerima tawaran tadbiran Najib semalam yang menyatakan kesediaan Putrajaya memberi kerjasama untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di stadium.

“Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.

Kata kenyataan itu Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.

Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.

“Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.

“Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman,” kata kenyataan itu lagi.

Oleh yang demikian, tambah kenyataan itu, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.

The Malaysian Insider

4 comments:

sycotio said...

Kat mana-manapun kita kena buat...

RAHSIA TOMOK DISEBALIK WANG HANTARANNYA!!

cekli@abg chor said...

MENJUNJUNG KASIH KE BAWAH DULI TUANKU YANG DIPERTUAN AGONG

Anonymous said...

Apa saja aktiviti yang dianggap HARAM tetap haram tak kira di mana aktiviti itu diadakan. Dalam perkara ini, himpunan yang dikatakan HARAM tiba-tiba menjadi tidak haram lagi setelah berpindah tempat dan direstui oleh PM sendiri pula.

Apa punya undang-undang ini?

Hishamuddin punya degree undang-undang perolehi dari universiti mana ni?

Anonymous said...

anon 5.08
tak baca ker media statement polis ??? perhimpunan tu kena dapat permit polis . tengoklah nanti sapa yang apply . kalau pas apply kira sah lah . kalau ambiga & geng tetap haram jugak . kau sempat masuk universiti ker tak ??

Archive

Related Posts with Thumbnails