Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, July 22, 2011

Negara ini bukan UMNO yang punya! tapi Rakyat yang punya..

Satu pandangan yang amat bernas dari seorang bekas Menteri.. bukannya Pencacai UMNO, hanya pencacai UMNO kategori bengap saja yang masih tak sedar..

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik,” kata beliau.


“Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”

“Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

“Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan),” katanya.

Kata beliau, “sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya.”

“Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

“Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

“Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.

Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.


The Malaysian Insider

10 comments:

Anonymous said...

bila bekas hulubalang kari mula bersuara setelah anak tun kari menyertai bersih..maka dengan ini..dirasmikan bahawa..tun kari telah mula menyerang hendap najibulajak secara halus seperti mana dulunya beliau menyerang hendap tun bedul dan menjatuhkan tun bedul..bila mana penggantinya penggantinya tidak mahu meneruskan jembatan bengkang bengkok..sehingga itulah tun kari akan sentiasa mencari pencacai angkat najis yang sanggup meneruskan projek jembatan bengkang bengkok itu demi duit kocek tun kari dan juak juaknya...

dan yang paling tun kari marah kepada najibulajak ialah kerana najibulajak disahkan menghidap penyakit TB..yakni Takut Bini..

sekian saya melaporkan dari bilik risikan sulit bawah tanah..

PakSu Man said...

Mintak Bang Jib & Bang Din Yasi komen sikit pasai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) niii!
Semua J/kuasa tuu org depa....
Apa dah jadi dgn Be eNd haaaa!
Jom semua join PR. Negara akan lebih aman, Agama akan lebih terpelihara.

FARISZ@AZ.Com said...

Mereka akan menjatuh sesama mereka apabila mereka merasakan parti mereka bakal musnah akibat perbuatan pemimpin atasan.

Sepatutnya baiki akar dan siram dengan baja yang baik.Kalau asyik tukar pemimpin tapi dari parti sama juga, rakyat yang jadi mangsa.

BERSIH : Bendera atau Pisau?

Peludah Warna yang dideklamasi oleh A Samad Said(Video&lirik)
.

BARISAN NAZIZONISION(BN)AL said...

dulu pengampu DrM sekarang simamak punde ni nak Uturn pula najib dasar habis manis tu puak2 umnoporno melebihi 2tan disingkirni bila sisa2 bertaburan mulai merapu dulu nasi umno enak2 skrang nasi subsidi,kau tengoklah ni dia kerja pencacai2 veteran yg d atastu semuanya quraan buruk raih simpati,suf barisan ni bah berlalu dlm umno/bn,waa tak heran ni semua mcm main bola tekan sana ,ampu sini,umpu sana amput sini...waa dah masak kerja gila mcmni hanya rakyat saja tak faham sendiwara belati umno,dia up pembangkang lpastu tekan bwh dan jek kera jaan dpt mana baik itulah seterusnya nak makan nasi brayani kot,takkan nak telan nasi subsidi hari2 kot....what ever ni kerja pulimak b.bahlol...

putera ledang said...

Kalu org lama dah buka mulut busuk dia, patut nya najib kena tenguk kiri kanan jangan main sondol ja. lebih baik cepat-cepat kuasa itu di pulangkan kpd rakyat. biar rakyat tentukan siapa yg hendak disokong. lambat laun pun nak buat pru jugakan. tp apa-apa hal pun org kuat spr 3-4 org tu dibuang dulu.

Anonymous said...

bunyinya mcm nak mencari tempat dalam Pakatan je.. mana tau kot2 dijemput jadi calon pada PRU13.. dia tahu gelombang rakyat yg sokong pakatan dah makin ramai.. pelan2 dia bantai pentadbiran sekarang.. anyway aku sokong 100% point2 dia ni.. tp, pakatan toksah buka pintu la pada pemimpin mcm ni.. takut jadi mcm ibrahim katak lak nanti..

serenity9260 said...

mati2 aku ingat samy vellu,hahahhaa

1.Jom Makan Sotong Hidup!(Video)
2.Air Terjun Mengalir Secara Songsang(Video)
3.Lukisan Hasil Dari Tembakan Paintball(Video)

Anonymous said...

ni lagi sekor dolsimat yg bila dh xder kuasa mula tukar intro ..jgn sesekali org spt ni dijadikan calon PR dlm PRU akn datang ..banyak musibatnya nanti. Leman

Anonymous said...

apa lah amanah ni .. nama gah betul .. angkatan amanah merdeka ..

kira dia org ni jaga amanah merdeka - tp berapa byk amanah yg disonglap dan yg di tutuh oleh pemerintah selama ini ... depa dok diam ..

masa bersih nak buat perhimpunan .. depa membisu ... sepatutnya tuntutan bersih ... amanah yg kemukakan ..

bukan kah amanah merdeka memastikan hak bumi yg di tetapkan terlaksana .. rm 53b adalah amanah merdeka.. tak gitu?

itu lah yg aku faham psl amanah merdeka ni...

Anonymous said...

pd aku bukan setakat dlm spr je .. dlm jawatan menteri kabinet sekali .. 2-3 pun cukup ... sebaik selepas praya sepatutnya tak de kira fahaman politik ... ini baru kjaan perpaduan .. bukan parti perpaduan ...

bila parlimen dibubar dan berkempen - masa ini utk politik - .. ini tidak ... sepanjang minggu .. setiap bulan .. tahun ke tahun .. serang menyerang .. tuduh menuduh .. ingat pm buat keje pm sgt ke ... bg peratus 30 % je yg lain politik ...

dlm pentadbiran kjaan kita tahu ada yg sokong pembangkang tp kerja mrk ttap utk kjaan .. kalau yg pangkat rendah dan atasan ni boleh knape pemimpin tak boleh ??

kita kena dididikan.. masa kerja.. kita kerja .. masa politik ... kita politik ...

Archive

Related Posts with Thumbnails