Monday, July 11, 2011

Najib akan mengunjungi Pope Benedict XVI.

KUALA LUMPUR 11 JULAI : Kabinet telah memberikan perakuan kepada Datuk Seri Najib Razak yang akan mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom pada 18 Julai ini dan membincangkan usaha mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua Gereja Roman Katolik itu.

Pegawai pentadbiran Najib memberitahu The Malaysian Insider bahawa Kabinet telah memperakui kunjungan perdana menteri ke Castel Gandolfo — lokasi Pope Benedict akan menghabiskan musim panasnya, selepas Najib secara peribadi menemui delegasi perintis ke Malaysia yang diketuai Ketua Biskop Leonardo Girelli Mei lalu.


Sumber itu juga menjelaskan bahawa ia bukannya lawatan peribadi sebagaimana dilaporkan sebelum ini memandangkan Najib akan diiringi oleh beberapa menteri Kabinet.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang juga seorang Katolik, akan bersama dalam rombongan Najib.

“Datuk Seri telah mengusahakan agenda Muslim sederhana sejak tahun lalu, jadi secara logik perlu diadakan hubungan formal, khususnya sejak Iraq sudah pun ada tetapi Malaysia belum lagi,” kata sumber itu.

Sumber itu juga berkata dua wakil bukan kerajaan akan menyertai delegasi itu iaitu Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Shukor Husin.

“Ya, tiket sudah pun ditempah untuk mereka,” kata sumber itu lagi.

Katanya, Pakiam akan berlepas ke Rom bersama Dompok pada 16 Julai ini manakala Shukor akan bertolak awal, 14 Julai.

Kunjungan Najib ke Rom adalah sebahagian daripada lawatan beliau ke luar negara kali ini. Beliau akan mengunjungi Turkmenistan terlebih dahulu sebelum ke London untuk bertemu dengan rakan sejawatannya David Cameron.

TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails