Sunday, July 3, 2011

Motif sebenar Perhimpunan Haram di Komtar

Berita ini telah disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO.. sedikit sebanyak menyerlahkan kepada kita apakah agenda sebenar demonstrasi Haram di Komtar yang dikatakan tidak didalangi oleh UMNO..

PULAU PINANG 2 Julai - Keadaan kelam-kabut berikutan perarakan dan perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam, mencerminkan suasana di ibu negara sekiranya perhimpunan haram Bersih diadakan 9 Julai ini.

Malah tegas, Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Ifan Zaimi Md. Tahar, keadaan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini akan lebih huru-hara kerana jumlah yang dijangka menyertai perhimpunan Bersih adalah lebih besar.


"Keadaan di ibu negara nanti adalah berlipat ganda kerana semalam yang berhimpun 1,500 orang sahaja.

"Bukan sahaja jalan raya sesak, peniaga juga akan menutup kedai kerana takut," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, lebih 1,500 orang berarak dan berhimpun di beberapa jalan utama dan hadapan Komtar bagi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa menindas orang Melayu dan rakyat negeri itu.

Mereka yang memakai lilitan kain berwarna merah di kepala memenuhi jalan raya sehingga menyebabkan beratus-ratus kenderaan terpaksa berhenti ekoran kesesakan yang berlaku.

Kumpulan itu yang merupakan pemimpin serta ahli daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai berarak selepas solat Jumaat sejauh enam kilometer bermula dari Masjid Melayu Lebuh Acheh menuju ke Komtar.

Apabila tiba di Komtar, mereka mengelilingi bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu melalui Jalan Magazine sebelum bertindak nekad duduk di atas jalan raya selama hampir 10 minit di Jalan Penang.

Menurut Ifan Zaimi, jika keadaan sedemikian berlaku, sudah tentu ia akan merugikan banyak pihak khususnya golongan peniaga dan pengusaha kenderaan awam seperti pemandu teksi.

"Orang ramai pula tidak dapat menjalankan urusan kerana takut nak keluar," ujarnya.


Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails