Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, July 8, 2011

Kuala Lumpur milik rakyat Malaysia, jumpa di Stadium Merdeka esok!!

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan bahawa Kuala Lumpur adalah milik semua rakyat Malaysia dan kerajaan tidak berhak untuk melarang mereka memasuki bandaraya itu.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi NGO itu, Bersih mengingat rakyat tidak kira samada kerajaan melarang atau tidak, himpunan aman tetap akan diadakan di Stadium Merdeka esok.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

NGO itu juga secara sinis menegaskan Kuala Lumpur bukan milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


“Pihak berkuasa terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tercinta ini milik semua rakyat dan bukan milik Najib dan Rosmah,” kenyataan Bersih yang dipetik.

Semalam, pihak polis mengeluarkan perintah larangan mengharamkan 91 individu termasuk pemimpin bersih, masyarakat sicil dan pemimpin politik memasuki Kuala Lumpur pada himpunan aman Sabtu ini.

Daripada 91 individu yang dilarang, seramai 66 orang adalah dari kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

Manakala ahli politik Pakatan Rakyat terdiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa Bersih 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

“Tidak kira berapa teruk kita ditindas atau didakwa, suara rakyat yang aman akan didengar di Kuala Lumpur 9 Julai ini,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut Bersih, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi semua prinsip-prinsip kesopanan dan tingkah laku awam dan Najib tidak perlu menunjukkan kuasanya sebagai diktator.

“Bersih 2.0 akan memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang untuk semua,” jelas kenyataan tersebut.


http://www.keadilandaily.com/?p=16795

24 comments:

Anonymous said...

Ada lah menjadi kesilapan besar IGP menghalang pemimpin2 ngo ni masuk KL, jika berlaku kekecohan penyokong2 tidak akan dapat dikawal tanpa ketua2 mereka , keadaan akan menjadi terok, korban jiwa tidak dapat dielakan.

Menteri KDN , IGP, Magistrate akan dipersalahkan.
Mereka boleh saja didakwa. Biarkan mereka dihukum.

Anonymous said...

pemimpin umno dayus, pengecut hanya berlagak dibelakang tirai kuasa.

Anonymous said...

pendapat aku pula lg susah polis nak kontrol sb nya tercetus semangat dgn sendiri nya pd perhimpunan tsbt dan kt tak tahu siapa yg leader .. kejap org tu kejap org ni..

spt apa yg berlaku masa awal reform .. hny satu jeritan saja org ramai berdiri sepanjang jln...

polis tlh berpengalam menghadapi demo atau perhimpunan jd gunakan lah pengalaman tsbt supaya bersih berjalan lancar..

Anonymous said...

Pendokong BERSIH 2.0 adalah org yag amat2 diperlukan negara! Jika andaikata negara ini diserang, mereka sanggup bangun kehadapan, berbanding segolongan bacul dan dayus yg kaya hanya memberi arahan dibelakang tadbir... dan oprtunis yg mengambil untung dari kedua2 pihak. Namun apa pun, keadilan perlu ditegakkan, bukan dihalang, rasuah perlu dibenteras, bukan dilarang...sokong BERSIH 2.0, tolak Perkasa-Perkosa, Murahguru Silat Yg Kaki Jilat, Biro Agama Parti yg mmg dah mati, dan pengikut yg buta hati!

magua_putra@2000

Anonymous said...

magua_putra@2000

mereka pendokong bersih 2.0 ini lah 'sanggup bangun kehadapan'

ini lah aku ckp kpd kwn aku tegar umno 4 tahun lalu... dia tny jd aku jwb sb dlm jiwa kt org tak suka ditindas dan ada keberanian.. dan aku ckp dia lah org yg lari ke sempadan sbb tak reti apa tu perjuangan dan pahit maungnya menentang rasuah dan menegakkan keadilan...

dia tahu apa yg terjadi tp masih memilih jln selamat utk dia dan jln itu jln yg merugikan rakyat...

Anonymous said...

kata orang kalau banyak duit , memanglah k.l ni kau yang punya ..... kalau tak cukup boleh mintak lagi dengan OSF ....

Anonymous said...

masa k'jaan tuk jib nak tersungkur dah hampir sgt dah mrk semua dah tak ikut undang dan perlembagaan negara tp ikut nafsu tuk jib dan big mama, gaji polis di byr oleh tuk jib dan big mama, sebaik PR menghambil alih putra jaya tentukan org yg tak bg masuk KL,polis,magistrate, org yg berkuasa dlm KDN dan lain2 yg menipu itu di bicarakan dgn hakim yg ADIL lg BIJAKSANA, jgn takut bersih ini hari depa hari kita memerintah pasti tiba dan perintah lah dgn Adil dan Bijaksana dan yg penting jgn skali2 menindas rakyat bawahan tanpa mrk negara tidak akan wujud, nak perintah mcm mana kalau takde manusia yg ada hanya binatang2 aje...jadi TARZAN lah jawb nya..hehehe. KL milik rakyat malaysia bukan milik najib dan big mama atau polis.

Anonymous said...

masa k'jaan tuk jib nak tersungkur dah hampir sgt dah mrk semua dah tak ikut undang2 dan perlembagaan negara tp ikut nafsu tuk jib dan big mama, gaji polis di byr oleh tuk jib dan big mama,sbb mrk buat sekatan gila2 dan ikut selera mrk sebaik PR menghambil alih putra jaya tentukan org yg tak bg masuk KL,polis,magistrate, org yg berkuasa dlm KDN dan lain2 yg menipu itu di bicarakan dgn hakim yg ADIL lg BIJAKSANA, jgn takut bersih ini hari depa hari kita memerintah pasti tiba dan perintah lah dgn Adil dan Bijaksana dan yg penting jgn skali2 menindas rakyat bawahan tanpa mrk negara tidak akan wujud, nak perintah mcm mana kalau takde manusia yg ada hanya binatang2 aje...jadi TARZAN lah jawb nya..hehehe. KL milik rakyat malaysia bukan milik najib dan big mama atau polis.

Anonymous said...

salam seikhhh..k.l milik allah taala tuan....(kan?).tuan pr atau tuan umno buat la demo smpai tercabut tekak sekalipun x boleh jd apa..allah bukan suka kita bergaduh allah suka kita saling mendoakan keampunan sesama...(kan?)...yg allah suka 2 "kerja agama" yg kita suka 2 "kerja kita" hehe..nak tengok apa allah suka? tengok apa yg nabi buat,xkan tengok apa pendapat kita nak buat,pendapat2 kita ni semuanya hampeh seikhhh..).salam seikhhh walahuaklam

Anonymous said...

anon 6:17, apa yg kau merepek ni. cakap berbelit dan tak jelas.
"KL ni allah swt punya"... that's goes without saying you moron!!!
Yg mentadbir, mengurus, memerintah, mengatur adalah hamba2 allah yg semuanya sama. Yg paling mulia adalah mereka yg paling bertaqwa.
malangnya ada hamba2 allah yg terdiri dari pemimpin2 umno yg berlagak macam tuhan mahu rampas hak insan2 yg lain, membakar semangat mushawarah, menipu dan memungkir janji, sekat kebebasan rakyat dan menyusahkan rakyat.

Anonymous said...

-----Post asal untuk Papagomo, ( blognya dah no go ) -----

Sepatutnya PM berada dinegara ni untuk menenangkan keadaan disebaliknya dia menghilang entah kemana.

Kalau saiful apek lah PM kita paling2 pun dia kata :-

1. Rakyat semua bertenang
2. 8 tuntutan Bersih akan diselidiki, kaji dan mungkin dilaksana.
3. Adakan demo dengan aman jangan bertembong dengan NGO lawan, selesai demo pulang, sampah2 yang bersepah tolong bawa balik.

Sangat mudah bagi saiful apek untuk meluahkannya- kira2 siapa2 pun rakyat malaysia boleh luahkan .

Sebab apa Gomo?
Sebab tidak ada kepentingan pribadi disini. Rakyat gembira, boleh pulang goyang kaki, besok kerja dapat gaji. Apa susahnya kalau ada rasa tanggong jawab kenapa lari dari kewajiban...

Anwar juga tidak akan lari boleh hukum penjara lepas ni.........tak pondan , tak gay.

Untuk tatapan anon2 pro amno

Anonymous said...

Undang2 UMNO/BN yang LUcu & LUcah:

takbole pakei baju T kuning & BERSIH..... polis Umno tangkap! ... pakei baju KOTOR takpa??.. kakakkah

takbole masuk KL, berjalan diatas jalan, masuk shopping disogo & ke arah stadium/ masjid ..... polis Umno tangkap! ... pecahrumah, masuk karoke, casino Genting, buat/edar/sebar video lucah takpa ??.. kakakkah

Apa jenis kerajaan sekarang taktau la.... Majoriti rakyat dah celik huruf & celik IT... tapi umno nak goreng lagi macam zaman 60han... hehehehehe

Anonymous said...

k.l hak rakyat malaysia . perintah mahkamah pun hak rakyat gak . akta polis pun hak rakyat . keamanan dan kedamaian adalah hak mutlak rakyat . so pegi lah berhimpun kat stadium malawati atau stadium shah alam. simple jer ... rakyat tu adalah silence majority

Anonymous said...

Kl, kehakiman, polis, ag, sprm, spr hak rakyat kepala otak hang anon 9.12....hak rakyat dicerobuhi kepenting sendiri untuk melindungi kepentingan2 pribadi pemimpin2 amno

Anonymous said...

Salam,
anon 6:17, mung komen apa hah? Komen mu macam orang baham pil kuda, mu mandi dok lagi ni hah?
Mabuk todi ka?Orang lain komen, mu nak komen jugak, sekolah darjah berapa ?

FMZam said...

Setuju KL hak rakyat Malaysia. Setuju rakyat adalah silent majority. BERSIH adalah rakyat Malaysia. BERSIH adalah silent majority yang ada suara. Keamanan dan kedamaian tak ada gunanya kalau tanpa keadilan!

Anonymous said...

kl tak de sultan .. kl tak de ketua menteri.. kl tak de YDP.. Yg ada Dato Bandar... ianya dah lama dipanggil wilayah.. bukan negeri.. dibawah YDP Agung.. tu sbb kena buat kat stadium merdeka


bila wilayah semua nya ada hak.. yg tak nak berhimpun pun ada hak.. tp jgn halang hak org yg nak berhimpun di stadium merdeka.. klau nak halang jugak dlm perlembagaan tulis dilarang berhimpun.. jd baru kau ada hak utk halang org berhimpun..

Anonymous said...

oooo sebab wilayah dok bawah agung tu yang nak berhimpun kat stadium merdeka . tapi stadium merdeka tukan ada tuanpunya dia . dah tuan dia tak bagi . so tak leh lah kan ??? kalau berhimpun kat labuan cantik gak . bawah agung gak . ada kot mini stadium kat sana . pegi lah....

Anonymous said...

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya”. [HR Imam Bukhari]

Anonymous said...

salam seikhhhhh..kalo k.l bukan allah taala punya tuan bgtau la saya k.l sape punya?bg je tau dgn terang n jelas k.l sape yg punya saya x kesah...kalo bukan hari ni,besok atau lusa tetapi akhirnya tuan dapati semua tempat allah taala yg punya jgnla kita melangkah dalam gaya yg sombong..kecuali dalam mengejar syahid.besok baik umno baik pr kalo mati dlm demo 2 d kira syahid ke tuan? hehe...pasti??hidup ni nak bertawakal pun perit tuan,taqwa 2 tggi sgt...sama2 la kita doakan utk kebaikan 1 sama lain ini lebih utama dari bergeseran..(kebaikan yg saya maksudkan adalah iman,bukan cukup mencekik n menketedarah)...salam,mtk maaf, terima kasih n wallahuaklam seikhhhh....

Anonymous said...

Najib adalh PM M'sia yg paling mengelabah dgn kebangkitan rakyat. Kekuatanny hnya pd machinery media-massa peninggaln TDM dulu. Jika tahap pemikirn rakyat meningkat, Umno(BN) akan tumbang jua akhirny.

"Ya Allah! Limpahkanlah kesabaran ke dalam hati kami dan kuatkan pendirian kami serta bantulah kami menggalahkan kaum-kaum yang zalim ini"

ANAK JAWA said...

nampak nya anjing umporno dah mula mncari org yg ada kaitan dgn berseh, anjing sial ni tak gigit pulak perkosa ngan petualang, satu statement pun x keluar dr polis. semuga sahabat berseh dapat tidur mlm SELAMAT BERJUANG KITA JUMPA ESUK.

Anonymous said...

wilayah yg pling dekat dgn istana negara ialah di wilayah kl... sb tu buat kat std merdeka.. tak kat dalam std ..buat kat luar std..

bersih dah mengadap - tu pun kira bersemuka empat mata - tp apa hasilnya???

mati syahid - krn allah aje yg tahu niat mereka yg berdemo - menegakkan keadilan dan kebenaran.. mati syhid bukan je di medan perang...

kl 'kita' yg punya.. semua alam ini 'kita' yg punya.. Allah dah bagi pd 'kita'.. 'kita' di amanahkan oleh Allah .. HAK MUTLAK Allah yg punya... segala langit dan bumi kepunyaan Allah..

Anonymous said...

itu dia,ini negara kita,apa salahnya pergi ibu negara sendiri

1.Pejabat Bekerja Seperti Sunway Lagoon
2.Rumah Paling Sempit (Apa Ni!!??)
3.Bagaimana Sound Effect Transformer 3 Dihasilkan

Archive

Related Posts with Thumbnails