Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, July 18, 2011

Fitnah, Media Tunggangan UMNO bakal disaman



KUALA LUMPUR, 18 Julai – Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu.




Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk “seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “perusuh guna senjata, batu, lawan polis” adalah tidak benar.




Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan “Ajak” berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa.

Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk “Peaceful (Aman)?” pada muka depan.

“Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya.

“Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya,” kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu.

Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan.

Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank.

“Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,” kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

“Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat.

“Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika.

“Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.


The Malaysian Insider

14 comments:

Anonymous said...

aku pun naik geram dgn akhbar kerajaan.....penipu , pembohobg , dan pemfitnah.....Semoga Allah memberi pembalasan yg sewajarnya kepada penulis berita tersebut. Amin

r.a.firdausi said...

hahaha..

memang tak patut... padahal pegang bendera je....

http://abangkacak.blogspot.com/2011/07/politik-oh-politik.html

FARISZ@AZ.Com said...

Ruginya sebab masih ramai orang kampung tertipu dengan berita mingguan.

BERSIH : Bendera atau Pisau?

.

PakSu Man said...

gambaq yg Utusan Meloya siar tuu kalau d hantaq p kat Prof. Amerika tuu tentu 100% tulin.
Prof. tu kata : "Gambaq ni tulin, yang Ajak pegang tuu pisau & yg kembung kat celah kangkang tuuu baru bendera. Itupun org M'sia tak tau nak beza ka?"

Anak kg pertama said...

Saman jangan tak saman..kita tengok TV dalam masa terdekat..kot2 RTM siar apa yg depa2 tu dah buat 9 julai hari tu...lepas tu kita tengok sapa lebih ramai yg akan demam...

Anonymous said...

Alahai...AKP tiada siapa yg demam....Polis yg demam sebab sedang fikir macam nak cipta video..yg menunjukkan polis x zalim dan ganas....Boleh baca skrip....dah....kuang, kuang, kuang....Apa susah edit mana 2 gambar entah tahun2 bila ...lepas tuuuu masukkan .....dan buatlah seperti video Anuar difitnah.....idea basi....kami bukan bodoh macam AKP....kami celik akal dan celik hati.....tipah x mahu ditipu....tipah dah tengok video2 yg menunjukkan keganasan polis...dahsyat.....biarlah diorang cipta video penipu diorang....insyaalah Allah akan tunjuk skrin diorang semasa diorang nak nazak....lagi dahsyat...eden x leh nak tolong....

Anonymous said...

Betul... kita tengok siapa yg akan demam....demam kuninggggggggggggggg lagi...siapa lagi AKP leeee nak tergelak aku baca AKP punya komen...komen macam org pendek akai...memang pendek pun...

Anonymous said...

sudahlah AKP jangan dok komen sangat....nampak sangat bodoh hang tu....kesian kat mak hang beranak susah2 last jadi benak macam ni...kalau mat nispu tau mesti dia kata kat hang kecik2 tak mau mampuihh besar menyusahkan orang...

Anonymous said...

akp, kenapa lama sgt RTM nak siarkan, kami dok tertunggu sampai dah sakit lutut ni!!!
Apa polis dan rtm tak habis2 lagi shooting? pelakun sakit perut? editor tak habis lagi edit? lokasi lakunan kena gempa bumi? Hollywood buat filem avatar pun lagi laju, kenapa kau orang ni lembab sangat!!

Anonymous said...

yg ni aku pelik sikit dgn tindakan keselamatan... selalu nya org yg mem baling mesti berada di depan sekali.. dan ini bermakna dia yg paling hampir dgn polis anti rusuhan..

perhatikan gambar ajak sdg membaling...sama mcm iklan astro - csi ''most will run... but some wl stay''' ... kenapa dia tak kena mark.. dan knape yg lari lintang pukang yg di kejar dan ditangkap..

drpd kata jumpa pisau lebih baik tangkap dia krn pisau mmg ada pd dia..

dr tilikan aku... jwpan nya ialah krn corong kamera wartawan antarabangsa menghala ke sdr ajak .. sbb tu dia selamat dan mmg wartawan ikut kemana dia lari dn menunggu ademgam sdr ajak ditangkap...

Anonymous said...

kemana dia lari dn menunggu ademgam sdr ajak ditangkap...

pembetulan ... kemana dia lari dn menunggu adengan sdr ajak ditangkap...

akp tukar lah cara nak menipu... jgn lagi pakai cara dato t... tube dah keluar se awal mungkin. tak de masa utk edit... kau ketinggalan.. org dah tenguk baru rtm nak tunjuk ...

nak buat cam mane.. nak kata polis cedera kena serbuk kunyit... perusuh bakar tayar/kereta.. cermin kedai dan shoping komplek di pecah..

selepas perhimpunan - tak de lapuran.. mengatakan kejadian tsbt...

Anonymous said...

apa-apa pun tengok you tube, walaupun milik yahudi kadang-kadang rtm dan tiga suku tu lebih yahudi dari isreal yahudi...

PenganutPAS said...

saman jangan tak saman .... kalau dah benar apa nak takut .... yang penting orang yang sebar fitnah ni kena diajar ... macam rais yatim menang kes blogger PKR yang fitnah dia rogol orang gaji .... jangan jadikan fitnah ni budaya politik

Anonymous said...

boleh lah cover up lg.. sb masih berkuasa.. begitu pantas kes rais boleh selesai... fitnah pakatan dah berguni guni fail.. dah bertahun... sampai terlupa kes yg disaman...

kes beng hock... smp skg...
kes saman felda...

bila berkuasa .. jgn sombong..

Archive

Related Posts with Thumbnails