Monday, July 18, 2011

Jenazah Dr Lo’ Lo’ dikebumikan hari ini



KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Dato’ Keramat, di sini.

Jenazah kini berada di Masjid Al-Akram Dato’ Keramat, sudah dimandi dan dikapankan sebelum menunggu untuk disembahyangkan pada pukul 10pagi.


Masjid Al-Akram sejak malam tadi sehingga sekarang tidak putus-putus diziarahi orang ramai termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan masyarakat tempatan yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Lo’ Lo’.

Antaranya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Mohd Yusuff, dan Exco Selangor Dr Halimah Ali.





Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut hadir ke Masjid Al-Akram Dato’ Keramat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

Dr Lo’ Lo’ menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang kira-kira 10.15 malam tadi selepas sekian lama berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

Lo’ Lo’, 54, meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim serta empat orang anak, Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan dan seorang cucu.

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini buat pertama kalinya menjadi ahli parlimen apabila menang kerusi Titiwangsa semasa Pilihanraya Umum lalu (PRU12) mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya yang hanya memperolehi 15,885 undi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut hadir ke Masjid Al-Akram Dato’ Keramat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails