Tuesday, July 19, 2011

Ini barulah dikatakan BOHONG!!

Seorang Doktor yang memiliki sebuah klinik di Pulau Pinang menulis didalam blognya panjang lebar mengenai isu kecederaan kaki Mat Sabu akibat dilanggar oleh Land Rover milik Polis, beliau merujuk kepada beberapa perbezaan yang kononnya amat ketara di dalam laporan kecederaan Mat Sabu kerana sebagai seorang doktor perubatan, beliau berpendapat laporan tersebut tidak kena dengan kecederaan yang dialami oleh beliau.

Dipendekkan cerita.. beliau tak percaya akan Mat Sabu akan dibedah jumaat lalu atau dalam lain ayat Mat Sabu bohong perihal kecederaannya itu..


Jumaat jam 3 petang yang lalu Mat Sabu telah selamat menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, ternyata beliau tidak berbohong mengenai kecederaannya itu.. lihat gambar X-Ray di ( SINI.)

Takkan Mat Sabu saja suka-suka nak masukkan skru dalam kaki dia kot… Dr.? Patutlah klinik hang hidup segan mati tak mahu.. buat analisa berjela-jela tapi langsung tak tepat..

Kalau nak tahu apa dan bagaimana itu dikatakan BOHONG kat bawah ni ada contoh.. Pembohongan oleh Pemimpin UMNO..

Berita dari mana entah lah.. aku terjumpa dalam Blog Ketua Penerangan UMNO..

Mula-mula berita itu melaporkan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul.

Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan.

Tapi diakhir berita pula..

Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Mamak tu kata 108,000 tandatangan.. tapi Ahmad Maslan kata 1,263,177 tandatangan..

Siapa bohong? Ahmad Maslan atau Mamak Presiden Kimma tu??

Yang pasti bukan Mat Sabu yang berbohong tapi salah seorang dari dua orang pemimpin yang ada kaitan dengan Barisan Nasional diatas..


Kempen Sejuta Tandatangan berjaya


AHMAD Maslan menurunkan tandatangan selepas melancarkan Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam. Turut serta, Syed Ibrahim Kader (bersongkok).

KUALA LUMPUR 17 Julai – Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul.

Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan.

“Hari ini kempen itu diadakan serentak di 212 lokasi di Semenanjung Malaysia dan ia merupakan cara kreatif bagi menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

“Kaedah aman untuk menyatakan sokongan rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza fahaman politik itu dibuat tanpa perlu membuat porak-peranda di jalanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Sejuta Tandatangan di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan Skuad Jom Berdaftar Yakin bagi membantu rakyat terutama ahli Kimma yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melawat dari rumah ke rumah.

Kimma menyasarkan lebih 100,000 India Muslim dapat didaftarkan sebagai pengundi sehingga hujung tahun ini.

Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO, mengucapkan terima kasih atas usaha penganjur melaksanakan program baik seperti itu dan tandatangan tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Katanya, kempen itu secara tidak langsung membuktikan rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perpaduan.

Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

“Kimma berkeyakinan, sebanyak sejuta tandatangan dapat dikumpulkan petang ini berdasarkan sambutan yang begitu baik diterima.

“Kami juga akan memastikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ataupun revolusi akan ditentang habis-habisan,” ujarnya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails