Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, July 3, 2011

BERSIH: K'jaan guna kuasa secara berhemah - Najib

Kerajaan akan menggunakan kuasanya secara berhemah dalam menangani isu perhimpunan haram bagi mengelak sebarang salah tafsir dan dipertikaikan kemudian nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak mahu ada pihak yang membuat tafsiran tidak tepat dan mempersoalkan kuasa yang digunakan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak.


"Sebab itu dalam menumpukan kepada keamanan dan ketenteraman awam, kita harus pastikan kuasa yang digunakan tidak menjadikan rakyat tidak faham kuasa yang digunakan oleh polis atau kerajaan," katanya pada sidang media di Machang hari ini.

"Saya sedar ada niat yang mahu menyalahkan polis untuk menggambarkan polis itu menggunakan kuasa, zalim dan keterlaluan dan nawaitu mereka itu mahu menggambarkan kerajaan sebagai autokratik dan tidak mengikut perubahan zaman," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam memberi amaran tegas kepada semua pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Polis juga memberi nasihat kepada tiga pihak iaitu yang berhasrat mengadakan perhimpunan seumpamanya pada hari itu iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pergerakan Pemuda Umno.

Najib menegaskan, dalam isu perhimpunan itu, kerajaan tidak menolak hasrat untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih, malah komited untuk memastikan pelaksanaannya.

Buktinya, kata Najib boleh dilihat pada keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan parti pembangkang mencipta kejayaan luar biasa sehingga menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

"Kalau kita boleh manipulasi (pilihan raya) perkara seperti ini tidak akan berlaku. Takkan kita hendak serahkan Kelantan pada PAS selama 21 tahun," katanya.

Terdahulu, Najib disambut kira-kira 15,000 rakyat sempena Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors di padang Sekolah Rendah Machang 1 sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini.

- Bernama

4 comments:

Anonymous said...

kata jib menang hr ini besuk buat stadium baru.. anwar kata menang je besuk minyak turun..

rakyat kelantan dlm delima... stadium .. minyak.. stadium.. minyak.. stadium... royalti minyak...

wahai rakyat kelantan... selangor stadium terbaik.. ns stadium terbaik.. pahang stadium pun baik.. tp lawan kelantan mrk kalah..

ingat minyak turun... ajib turun!!

Anonymous said...

anwar lelaki tua gila sex tu cakap nak turunkan harga minyak ker ??? boleh caya ker ??? ari tu 23 juta rakyat malaysia dah kena tipu hidup hidup " jam omega ada kat azizah " , " saya ada bersama keluarga dan cucu sambil berinteraksi dgn rakan-rakan tweeter" ...belakang cakap mau turun harga minyak ?? heran aku
tak perlah najib kelantan kekal kat PAS pun tak per ..... tak penting pun .....

Anonymous said...

da memang jam tu kat azizah ngan die tengah update pesbuk twitter die ngan family die,pe yg tipunye??najib ye la tipu kate stesen teksi kena jual

Jam Spy Kalis Air Dan Mampu Rekod Video 720p HD Keluaran Korea
Semangat Seorang Tentera Finland!!
Inilah Kereta,Inilah Rumah

Anonymous said...

smp skg prestasi petronas - untung rugi tak di lapurkan terus kpd parlimen.. tahu tahu dah jual pelantar minyak pd brunei..

rasa rasa nya msia je yg jual tak pakai tong.. harga setong mingikut pasaran ..harga sepelantar ikut..???

kalau diuruskan petronas dgn bijak .. klau aku sendiri jd pm pun akan turun kan hargi myk dulu...

yg kena tipu hidup hidup anon 4jul 8:00 am.. knape masa di mahkamah dato t cuma guna kata pakar us dan tak tunjuk jam omega anwar yg ada pada eskay..

Archive

Related Posts with Thumbnails