Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH di Stadium.. Pemuda UMNO boleh jaga Pintu Stadium pula.. (Video Inside)

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.


Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.


3 comments:

unanjaga said...

Itulah yang sebaik nya ketika ini, perhimpunan itu diadakan dalam stadium.Harap tiada pihak yang akan membuat sebarang larangan sesudah ini.Kita rakyat Malaysia keseluruhan nya cuba untuk menghoramati perlembagaan sebaik nya.

Anonymous said...

Susah susah jumpa Agung cuma untuk minta uzin demo kat stadium buat apa? sedangkan berdemo itu adalah HAK rakyat.

Bukan mudah nak dapat lempah perkenan Seri Baginda untuk mengadap minta lah banyak-banyak umpamanya:-
1. Pecat Persuruhjaya dan timbalan SPR
2. Revamp peraturan PRU
3. Bubar kan parlimen , tentera ambil aleh kuasa kerajaan sementara dibawah Agung dan isthyarkan PRU13 dalam masa 3 bulan.

Macam ASD, ada harapan ianya berlaku 9 Julai ni?

Anonymous said...

ada ker patut khalid ibrahim bagi syarat kalau nak guna stadium shah alam , pihak penganjur kena ganti kerosakan . susah jugak nak cari stadium , tapi tak per dalam stadium nanti boleh buat gelombang kebangkitan rakyat atau dalam bahasa inggerisnya Mexican wave .....

Archive

Related Posts with Thumbnails