Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, July 16, 2011

BERSIH 2.0 : Imej negara Buruk kerana Kerajaan dan Polis - Marina

Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir.

Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.


"Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat.

"Ya, memang dunia mempunyai tanggapan yang buruk terhadap kerajaan Malaysia kerana gagal menangani dengan baik keseluruhan isu ini. Mereka mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak mereka."

Marina, seorang aktivis sosial merupakan salah seorang daripada ribuan orang yang berada di kota raya Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, berhadapan dengan polis pencegah rusuhan, mempertahankan penyokong-penyokong Bersih dengan mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman dan tidak mencederakan sesiapa atau melakukan sebarang keganasan.

"Apa jua yang difikirkan mengenai isu yang diperjuangkan oleh Bersih, kita semua seharusnya berbangga dengan rakyat Malaysia yang tidak bersikap seperti orang liar, merosakkan harta benda dan mencederakan satu sama lain seperti yang diramalkan.

"Memang terdapat mereka yang cedera dan seorang mati tetapi ia bukanlah disebabkan oleh peserta yang menyertai perhimpunan tersebut. Restoren-restoren dan kedai-kedai di sekitar kawasan terbabit mendapat sambutan hangat kerana orang ramai haus dan lapar," tambah beliau.

Marina berkata, perhimpunan Bersih yang berlangsung Sabtu lepas membuktikan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, usia dan agama boleh berhimpun bersama atas satu tujuan.

Lebih seribu orang ditangkap pada hari tersebut, dan kekecohan berlaku pada waktu tengah hari apabila polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan.- warta-utara

6 comments:

serenity9260 said...

yahhh,anak madey da mula.tunjuk sket muke ko,mukriz oii.kalo takot sgt,sowh bpk ko kuar

1.Tengkorak Kristal(Foto)
2.3 Anak Kucing Bermain Turntable(Video)
3.Pelangi Di Bulan

Anonymous said...

Allah berkuasa utk mengalihkan hati seseorang......ini semua kuasaNYA....

PenganutPAS said...

aku bersyukur kepada ALLAH SWT kerana malaysia pernah dianugerahkan pemimpin sehebat Dr Mahathir . Walaupun dulu semasa zaman reformasi aku banyak kutuk dan maki dia . kini aku telah insaf dan telah pun minta ampun dan maaf dari dai personally. tapi makluman semua , marina mahathir ni penyokong kuat Sisters In Islam. Dr Mahathir pun kata dia selalu tak sehaluan dengan marina dari segi pendapat.

Batu Nisan(BN) said...

Penganut Pala Angin,

jenis kepala lembik,sekiranya satu kumpulan curi rompak dan ditangkap polis disoal siasat,dialah yg pertama bongkarkan rahsia pada polis,waa memang cam cara spesis ni menghurai kata,sebab tu PAS terajang dia buat sibuk satu kpg..apatah lagi ceta soal perjuangan..nilah tikus politik..kah3...

Anonymous said...

Batu Nisan .......itu pendirian Marina Maharhir menyokong BERSIH....sebab BERSIH bukan parti politik.....ianya mrupakan suara rakyat ......dan hak rakyat.....utk menuntut keadilan , ketelusan , kejujuran dlm pilihanraya.......masa kecik2 cikgu suruh belajar KBKK.....cara berfikir...... x mau.....bila besor menyusahkan org.....tu le dia BATUNISAN......

Anonymous said...

X-penganut pas.. ini baru nak tau psl sister in islam ... bersih senang senang je kau haramkan...

tak kira Tun M tak sehaluan dgn Marina .. tp skg mcm si anak ckp dulu ayh buat pun salah jugak tau... dgn pendirian anak nya ini maka Tun M jd lah spt TAR yg keluar ameno .. sbg tanda dia insaf... dulu lg pulak teruk.. demo tuntut Tun M letak jawatan..

tuntutan anbiga psl hal hal isu murtad... yg sister in islam punya tuntutan tak plk jd masalah.. salah se org dr penyokong luar negara .. apa nama... jd imam lagi..

Archive

Related Posts with Thumbnails