Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, July 7, 2011

BERSIH 2.0 : 91 Individu dilarang terlibat



Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.


Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.


Malaysiakini

5 comments:

otaistillkick said...

haa haaa haaaa haaaa haaa haaa haaaaa
Najib , Hisham akan terus ketawa begini terhadap bersih ...

Anonymous said...

tahniah PDRM . satu tindakan yang patut dipuji . semua kena larang masuk k.l . yang pasti k.l pasti aman sabtu ni .

ledang mai said...

KAU ORG TAK KESIAN DGN PENIAGA KATA RUGI JUTA2, skg satu sen pun tak dapat penuh akal kau org, kalu tenguk iklan kat tv punya la poyo ,tp berseh tetap akan meneruskan hajatnya bila lg nak bersilat dgn water canon. TAKBIR................................

Anonymous said...

Mendapatkan larangan dari majistret?!! memang bangang majistret.. main lulus tanpa siasat.. majistret 2x5 bangang macam polis.. tak tahu apa tujuan bersih.. inilah sistem kehakiman yang bersengkongkol dengan penguasa dan penguatkuasa!!

Anonymous said...

tak relevan!!!kalau ada yang pakai nama lain??masuk ikut kabel cmne??

1.Lelaki Jepun Pecah Rekod Dunia Sekali Lagi Dengan Makan 69 Hot Dog
2.Basikal Berjalan Pertama Di Dunia(Apa Ni!!??)
3.Lens DSLR Untuk iPhone

Archive

Related Posts with Thumbnails