Wednesday, July 13, 2011

Babi, Biawak dan Itik ditujukan kepada Siapa oleh Siapa?

Semalam setelah mengosongkan Komtar apabila menerima panggilan bahawa terdapat bom telah diletakkan dibangunana itu, pihak Polis menemui tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Babi, Biawak dan Itik?

Kalau korang pernah terlihat gambar diatas semasa demo Anti-BERSIH yang kononnya tiada kaitan dengan UMNO Pulau Pinang, pasti korang akan terlihat beberapa orang manusia membawa itik..


Sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya apa kaitan itik itu dengan BERSIH 2.0? tetapi setelah bersembang dengan seorang sahabat baru aku tahu itik itu adalah simbolik kepada YB Malik Kassim yang dikatakan bersuara itik..

Jadi kalau tiga binatang diatas iaitu Babi, Biawak dan Itik ditemui polis diletakkan didalam Beg Hitam yang dikatakan Bom itu.. korang pasti tahu ketiga-tiga binatang itu ditujukan kepada siapa dan oleh siapa?

Kalau korang tak tahu tapi nak tahu.. Babi ditujukan kepada Guan Eng KM Pulau Pinang, Biawak pula ditujukan kepada P. Ramasamy TKM Pulau Pinang manakala itik pula simbolik kepada YB Abdul Malik Kassim, Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang..

Korang boleh agak tak siapa punya kerja??


Bukan bom tapi beg berisi babi, biawak, itik

Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.

- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails