Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, July 28, 2011

Anugerah Ibrahim Ali : Ada orang dengki kat saya..

Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program,kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.


"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".

"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?

"Sekiranya mereka tidak suka, mereka buat anugerah sendirilah. Kerana semua ini adalah disebabkan cemburu. Awak boleh lihat, semua (kritikan) ini adalah dari PAS dan pembangkang dan (mereka ini) memalukan, tak ada kelas," katanya dengan berang.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.

"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.

Anugerah itu - yang dicadang diperkenalkan untuk menghargai mahasiswa yang terbukti "bersih dan konsisten" dengan prinsip memperkasa Melayu - telah mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk BN dan Pakatan Rakyat.

Sekalipun Naib Canselor UiTM Prof Sahol Hamid Abu Bakar telah mengeluarkan surat meminta pencalonan untuk anugerah itu pada awal bulan lalu, beliau kemudiannya menjelaskan ia adalah satu "kaji-selidik" untuk mendapat maklumbalas dari pensyarah, kerana ia belum diluluskan lagi oleh pihak Univesiti.

Senat univeristi itu akan membuat keputusan muktamad berhubung cadangan anugerah tersebut dalam mesyuaratnya esok.

Malaysiakini

13 comments:

Anonymous said...

Lancau lu ibrahim geli......aktif? aktif dalam keadaan otak terlalu bodoh.....ini contoh melayu paling bangsat

FMZam said...

Cemburu?.....hahahaha....kat si katak ni.....hehehehe...Bukan cemburulah bahlol, geli lah, orang meluat tengok perangai kau macam kaduk naik junjung yang sendiri masuk bakul sendiri angkat! Suruh kau lompat katak kang....

Anonymous said...

Bodoh pnye KATAK...!! Muka orang celaka cmtula...! Dhla rupa xde...prangai plak cm SIALLL...!! Org bodo je ikut dia...

Anonymous said...

BEST AWARD
the most ugly
the most idiot
the evil

PakSu Man said...

sapapun tak dengki, sapapun tak cumughu kat Bang Ali, Bang Ali dok laa bwh tempurung nii dgn "terompet" Bang Ali, tak dak sapa kacau Bang Ali aihhhh!.
Semenaq-menaqnya Bang Ali tak layak jadi "Kassim Selamat"

zulhelpme said...

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya"

LOL..... ko kena check balik diri ko sendiri sbb ape orang cemburu dan x suka kamu tu.... x kan la sewenang2 wenangnya orang boleh cemburu ko, wahai cik ibrahim ali....
Hidup hanya dia sahaja yang betul, orang yg lain pendapat dengan dia semua salah... ape ceee..

Anonymous said...

Dengki pada diri sendirilah mangkuk!!... tu pun tak paham. Ingat skit kuasa yg dpt ketika ni adalah laluan dari PAS. Harap lepas ni sila masuk brtanding lagilah. Meluat tul..

Anonymous said...

Pemenang nya?
Malu lah saja jika saya penyandang anugera braim ali ni, kelas kampungan!

Anonymous said...

Pemenang nya ialah .....


Sahol Hamid Abu Bakar - Naib Canselor UiTM ...

Anonymous said...

mmg betul lah agaknya dia tak pernah di dakwa atas rasuah, seks dan moral.

tp menempek dan jual muka 10 sen ada lah ...

rekod 1970 .. jauh ... beza dgn rekod 1990 .... lg teruk rekod dia sejak kebelakangan ini tak sama dgn 1970...

Anonymous said...

Anugerah basuh pungkok buleh laaa....

Cehhhh...! buat malu kaum saja.

Anonymous said...

Perkasa pun tak ke mana ...

tu lah masallah nya ...

PERSASAU B'SONGKOK TINGGI MCM BADUT said...

PERKASA YG LANGSUNG TAK PERKASA, PERSASAU ADALAH, ITU TELAH BERJAYA DI BERSIHKAN OLEH 'BERSIH 2.0' SEBERSIH-BERSIHNYA...

LEPAS 9 JULAI, PERKASA TAK DER LAGI ORG AMBIL POT... PENAKUT, CAKAP AJER BESAR, PADANLAH MULUT BESAR, PERUT PON BESAR...PENIPU BESAR. ADA AHLI 15,000 ORANG? KENAPA TAK CKP ADA 500,000 ORG...

PERKASA SONGKOK TINGGI MACAM BADUT

Archive

Related Posts with Thumbnails