Tuesday, July 5, 2011

Ambiga dah masuk Istana ni.. mana puak yang nak pertahan Istana hari tu?

Kah..kah..kah.. mana puak-puak yang berapi-api nak pertahankan Istana bagi menghalang Ambiga dan BERSIH dari berjumpa Agong hari tu?? tak nak halang dah ke?

Itu pasal puak yang sibuk nak pertahan pintu Istana.. ini pula pasal PERKASA, nampak sangat betapa tak bernilainya kata-kata Presiden PERKASA, Ibrahim Ali sekarang ni.. kata-katanya umpama Anjing menyalak Bukit kini.. korang baca kedua-dua berita ini..

Berita Pertama

Temu Agong – Perkasa Bantah Permintaan Ambiga


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah permintaan kumpulan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 yang mahu bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu perhimpunan haram berkenaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika permintaan kumpulan haram itu dibenarkan, ia akan menjadi satu duluan (precedent) tidak baik pada masa hadapan.

“Kenapa perlu Agong bertemu dengan kumpulan haram yang bodoh!!!,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Mynewshub.my di sini malam tadi.

Tambah Ibrahim Ali, jika pihak Istana Negara bersetuju untuk bertemu dengan Ambiga, maka kumpulan itu akan mengaku mereka telah menang dalam perjuangan mereka dan menyebarkan kejayaan itu dikalangan rakyat bagi meraih publisiti.

Kata beliau, selepas titah khas itu dikeluarkan, maka isu sekarang ialah samada Ambiga dan kumpulan akan patuh atau tidak kehendak titah itu.

“Sekarang kita mahu lihat betapa setianya Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih kepada Raja, samada beliau dan kumpulannya menjunjung prinsip Rukan Negara.

“Jika tidak, beliau dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada negara,” katanya.- sepenuhnya sila baca di (SINI)

Berita Kedua

BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.- Malaysiakini


err.. mana puak-puak yang nak mempertahankan pintu Istana Negara hari tu.. Ambiga dah masuk Istana ni..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails