Wednesday, July 6, 2011

Alahai PDRM.. apa korang buat ni??

Sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis pagi tadi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kesesakan teruk bertujuan menghalang elemen yang tidak diingini daripada 'menyeludup' senjata ke ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Hmm.. bagilah alasan yang lojik sikit.. takkanlah kat dalam KL tu tak ada kedai hardware yang menjual parang dan Petrol Pump yang menjual petrol untuk dijadikan Molotov Koktail yang botolnya menggunakan botol plastic seperti yang Polis jumpa tu…


Kalau nak mencegah penyeludupan senjata kenapa buat di KL sedangkan senjata biasanya diseludup dari luar Negara, buatlah pemeriksaan kat sempadan tu, geledah semua kereta yang masuk Malaysia..

Lagipun menurut beberapa sahabat yang terperangkap dalam kesesakan pagi tadi, dia orang tak nampak pun kereta-kereta digeledah Polis…

Alahai PDRM!! Nak buat rakyat marahkan BERSIH 2.0 korang yang dimarah.. pasal rakyat sekarang semakin bijak..

Polis: Sekatan jalan bagi elak senjata diseludup ke KL

Sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis pagi tadi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kesesakan teruk bertujuan menghalang elemen yang tidak diingini daripada 'menyeludup' senjata ke ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Walaupun Tun Hisan (dua dari kiri), the Star Online memohon maaf kerana gangguan itu tetapi berkata tindakan berkenaan perlu kerana sepanjang 48 jam yang lalu pihak polis telah merampas sejumlah bom petrol, parang dan mercun.

Katanya, polis percaya senjata berkenaan akan digunakan pada perhimpunan Sabtu ini.

“Tindakan ini adalah pencegahan. Kami mempunyai tugas untuk melindungi orang ramai dan memastikan ketenteraman dan keselamatan terkawal dan aman sepanjang masa.

“Kami harap orang ramai akan bersabar dan memberi kerjasama kerana bukan tujuan kami menimbulkan masalah. Kami mempunyai tanggungjawab dan terpaksa melakukannya,” katanya.

Tun Hisan berkata siasatan berhubung rampasan senjata itu akan tetap diteruskan meskipun penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah membatalkan perhimpunan jalanan dan bersetuju memindahkannya ke sebuah stadium.

Semalam, polis mendakwa merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang dan mengaitkannya dengan perhimpunan, Sabtu ini.

Antara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur, iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.Malaysiakini


Berita pagi tadi...

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.

Berikut sebahagian daripada komen mereka.

Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia.

Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the.....

Don Sha: Hapa pun tableh!

Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau....

Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker?

Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la!

Jer Saja: kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN?

Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni.

Paklah Damansara: sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah

RT @morticya33: Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic

RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah.

RT @saimatkong: OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads...

RT @Wwyda: NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use.

RT @SookLee17: Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour!

RT @cottonkyandyi: Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam!

RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya.

RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh!

@kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails