Thursday, July 14, 2011

Adnan Yaakob kata dia boleh kumpul 3 Juta untuk sokong Najib dalam FB..



Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan . . ,” katanya


Ha..ha..ha.. nampak sangat Pemimpin UMNO sorang ni nak memperbodohkan diri sendiri kalau tak bodoh pun.. buta IT.. sebab jika dia tahu bahawa memang telah wujud satu laman Facebook 'Sokong DS Najib sebagai PM Malaysia' yang telah diwujudkan lebih seminggu rasanya tetapi hingga kini hanya 101 orang yang menyukainya tentu dia tak cakap macam tu..

Amat jauh berbeza dengan laman '100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation' yang kini telah jauh melebihi sasaran iaitu 186,968 yang menyukai atau menyokongnya..



Memandangkan '100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation' sudah melebihi sasaran, satu laman baru pula dibuka iaitu '1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation' sila klik 'Like' kat bawah untuk menyatakan sokongan anda..





Klik 'Like' di SINI


MB Pahang: Saya pun boleh buka akaun Facebook raih sokong PM

RAUB, 14 Julai — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

“Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan . . ,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Beliau mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul lebih 100,000 suara rakyat mendesak Perdana Menteri berundur ekoran perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang.

“Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails