Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, July 10, 2011

70 ADUN BN nyaris menduda..

KUALA TERENGGANU 10 JULAI : Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di semalam mengalami keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata kejadian bermula pada kira-kira 11.00 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom muntah-muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel mereka menginap.


Dr A. Rahman Mokhtar berkata daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada Bernama selepas ditemui ketika melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ.

Menurutnya lagi, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

"Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan
lanjut, katanya.

Sementara itu, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor, Datin Norliah Mohd Nazir ketika ditemui di HSNZ memberitahu beliau mengalami muntah-muntah selepas majlis makan malam yang dihadiri bersama isteri wakil rakyat lain.

"Selepas muntah-muntah saya cuba dapatkan rawatan di Klinik Statik di Hotel Permai tapi keadaan saya tidak bertambah baik dan saya dihantar ke sini (HSNZ) untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya.

Namun katanya, beliau menganggap peristiwa tersebut sebagai insiden tidak dijangka dan tidak menyalahkan pihak penganjur atas kejadian tersebut.


TVS News

9 comments:

Anonymous said...

Hampa rasa kesian tak dengan depa yang keracunan ni? Aku tak boleh nak rasa kesian... malah rasa padan muka hampa sebab rasa ini sedikit balasan Allah atas kezaliman puak-puak hampa.

pak Chad said...

Aku rasa tentu laki laki depa semua rasa rugi sebab tak jadi duda.Kalau tidak tentu boleh kawin baru.Yang dok ada tu majoriti dah monapaus.

jecrul said...

diracuni atau teracun?

BERITA SENSASI BERSIH 2.0!!:
MODEL TERBARU KERETA VIOS!!
NIK AZIZ DOAKAN AKTIVIS YANG NEINGGAL, SYAHID!!

Anonymous said...

kalaulah YB YB ni jadi duda , mesti berlambak yang offer diri . Yerlah sapa tak nak jadi isteri wakil rakyat . mesti hidup senang punyalah . jadi bini YB BN lak tu . lainlah kalau ketua pembangkang yang jadi duda . kena fikir 2 3 kali oooo kalau nak offer jadi bini. rekod tak elok .....

Anonymous said...

hehehe pasti laki depa keciwa. klu boleh agak nyer biar la isteri tu mati cepat hahah boleh kawin artis

Anonymous said...

Racun? Mana ada racun. Ini Demam Kuning maaaa

Anonymous said...

mereka semua tu termengandung kut........

FMZam said...

Mana ada keracunan, tak caya tanya Polis atau Perkasa, depa2 tu sebenarnya meracun diri sendiri untuk dapat simpati, betul tak IGP, Berahing?

Anonymous said...

Dengar bisik bisik tukang masak tu dari Team B.

Belum pon penamaan calon dah start perang biologi.

Hebatnya UMNO ni.

Archive

Related Posts with Thumbnails