Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, July 14, 2011

11 doktor hospital Tung Shin dakwa polis guna gas pemedih

“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Sekumpulan doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina, Jalan Pudu di sini ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.

“Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu),” kata para doktor itu.

Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian.

Liow berkata, air dan gas pemedih mata yang dilepaskan hanya mengenai kawasan tembok hospital itu.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media Internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang juga bekas menteri kesihatan berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka dalam kenyataan itu.


The Malaysian Insider

10 comments:

Anonymous said...

Setelah membohongi rakyat berulang kali dan seandainya masih ada sisa2maruah pada diri KPN dan timbalan nya, mereka WAJIB LETAK JAWATAN serta merta.
Tapi rakyat sedia maklum betapa sombong dan angkuh nya KPN ni berselindubg di balik tuan2-nya pemimpin UMporNO, takkan berbuat begitu.
Justeru itu rakyat harus bangun di PRU 13 nanti utk tukar kerajaan.
TUKAR SEBELUM PARAH, TUKAR DEMI MARUAH!

Anonymous said...

Sahabat baik UMNO....pembohong
Guna Wee biawak untuk buat press statement....melayu jenis cibai

Anonymous said...

polis APCO jadi begini kerana di suruh dan dilindungi oleh pemimpin2 UMporNO.

FMZam said...

Korang ni tak dengar ke kan IGP kata bukan polis yang buat? Itu semua hospital tu yang bom sendiri lah, guna penyembur aedes tau tak?

Semerah Cili! said...

Assalamualaikum, kemungkinan besar dgn keadaan yang sesak, tolak menolak tur pasti berlaku 1001 perkara yang tidak baik...tidak boleh 100% salahkan pihak polis...kita hanya ada dua mata, xmampu nak lihat setiap inci pkr yg berlaku ketika itu...

salam perkenalan....

From, Semerahcili.blogspot.com

Anonymous said...

Yg salah, pemimpin umno forced the police into this position. Now they are washing hand and watch the police taking the blame from the public.
najib should have listen to the YDP Agong to allow rakyat to use the stadium.

penternak_lipan said...

walaikummussalam
ni semerah cili mai mana plak ni..wat statment cam budak tadika kaniaq aja.
budak tadika pun tak bodoh macam hang la oiii.jgn kata 1001 satu perkara jadi.8 juta 8 cara pun leh jadi.kalau polis lepaskan gas pemedih mata.persoalannya..apa keperluan pihak polis untuk buat provokasi macam tu?hang suruh ka?mmg kita ada 2 biji mata(sepasang) dan hang cakap tu kalau sorang aja pergi.ni ada 50k jadi 100k biji mata memandang dan melihat.
nak nafi apa lagi.tak kan 50k demonstan tu nak bohong.lagipun yang wat statment gas ada tu pihak doktor a.k.a golongan profesional yg bertugas didalam hospital ketika itu.bukan otak selut macam hang.tak kan depa nak bohong kot dolll...

apapun terima kasih datang dalam blong ni.sebagai pencacai umnoporno

FMZam said...

Helo cili merah,

Polis kata depa tak bom kat spital tu. Menteri Kesihatan dan towkey spital pun kata polis tak buat. Kita pun tak salahkan polis. Yang kita semua salahkan ialah bom tu pasal apa boleh berasap kat situ, padahal polis kata tak tembak situ? Kenapa bom tu polis tembak kat tempat lain tapi berasap kat spital tu? Kitorang tak kata polis bohong, kitorang kata kenapa bom tu ingkar arahan polis? dalam polis pun ada bom jahat ke? Faham tak?

Anonymous said...

yg aku tak taham tu dia tembak mcm main bunga ap ke... mana boleh dia (polis) tak tau.. dgn helikopter yg melihat dari atas... sebelum tu yg bertugas kat sana tahu kedudukan mereka... dan ramai sangat ke peserta yg menyelamatkan diri di situ.. kalau nak halau dia org pun mana dia org nak pergi ... keliling pagar...

catatan lapuran tsbt perengan terakhir tu yg menusuk dalam..

Penggali Kubuq said...

Cerita benarnya begini.. Kebetulan ketika para pendemonstrasi berada di kawasan hospital.. pihak hospital sedang mengadakan latihan kecemasan kebakaran (fire fighting) dan penyelamatan pesakit.. Oleh kerana pihak bomba tidak dapat hadir pada masa yang dijadualkan akibat kesesakan lalulintas dan jalan2 utama ditutup. maka pihak hospital meminta bantuan polis dan FRU untuk menyembur air pada bekas berisi diesel yg sedang terbakar. Ini bagi mengelakkan kebakaran merebak ke bangunan berdekatan. Penggunaan air berasid adalah yg paling berkesan bagi memadamkan kebakaran. kehadiran ramain pendemonstrasi dilihat dapat memeriahkan lagi program. Jadi semua yang berlaku adalah 'misunderstanding'. Itu kata2 aku seorang menteri kasihatan yang bakal kena tembak tak lama lagi.

Archive

Related Posts with Thumbnails