Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, June 8, 2011

Yang menghalang Hudud itu Mahathir, bukan Karpal - TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz , kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.


Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.”

“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).

“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.

“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.

Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya.


The Malaysian Insider

22 comments:

Anak kg pertama said...

Nik Ajis masih dok rasa yg Tun M masih PM lagi ke?..dia terlupa sekarang siapa dia PM kot...masih berulang2 ayat yg sama...tak usul balik ke..sekarang dah PM lain..dan dia terlupa pula agenda PAS dah berubah berapa hari lalu...yg keluar di mulut Hadi...asyik dok terlupa aje Nik Ajis nie..benar kata Tun M..Melayu mudah lupa..

umnosokmo said...

Nicky Ajis dak ingat ko? Che Det suruh jalankan dulu kat kelantan dan Nicky Ajis lupa ko? Penjara untuk menahan pesalah-pesalah Hudud tak buat pun..

Anonymous said...

walau siapa pun PM dikalangan umno dasarnya tetap sama,
kalau cubalawan arus tirimalah akibatnya sepertimana saudara anuar sehingga sekarang diburu oleh umno kerana dasar yang cuba dibawa oleh saudara anuar ada sedikit keislaman cuntoh semasa saudara anuar jadi menteri pendidkan beliau telah mengarahkan murid2 agama islam berpakaian menutup aurat sebelum itu semua murid2 agama islam dan bukan islam berpakaian seragam tidak menutup aurat.

Anonymous said...

aku rasa mahathir tu dah tahu dah sejak dari sebelum 1993 lagi yang hukum hudud dan undang undang islam yang kelantan buat tu bercanggah dengan al-quran ... sebab hudud tu tak der pun dalam quran .... tu yang jhaji hadi president pas cakap pada tahun 2011 !!!!! nasib baik mathatir halang kalau tak pas ni :

1. buat keje tak ikut al-quran
2. terpaksa langkah mayat karpal singh . sapa lah plak nak matikan kafir tu .....

MAHATHIR RAJA KRONI DI M'SIA said...

Umnolah yg menghalang HUDUD... Tak kiralah siapa PM sbb umporno selalu ckp mereka memerintah/buat keputusan secara Kolektif..bersama MCA & MIC..

Tahu ke AKP apa yg dimaksudkan dgn AGENDA? Ke pandai sebut jer, tapi tak tahu maksud...

PAS bergerak ke depan, umnporno bergerak ke belakang... teringat pulak kisah Ali Baba dgn 40 penyamun apabila org kaya minta penyamun rompak harta kat rumahnya.. maka habis dikebasnya sampai org kaya jd papa kedana... itulah umno...penyamun rakyat Malaysia, kalu dulu pakai stail Robin Hood (British) sebelom 1988 umno lama, skrg pakai Koboi(US) ...umno baru...

FMZam said...

AKP,

Kau obses sangat dengan mamak Madey ni cuba bagitau takyah banyaklah, satu pun cukup, apakah dia jasa Madey, bukan kepada UMNO, bukan kepada Melayu, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia? Aku tahu kau pun tak tahu.

Anonymous said...

Sudah, sudah la Pok Nik oiii... ambik borang mintak berhenti la. Bagi kat org muda plak. tua dah, nak sama umur dengan Kelantan dah.

Anonymous said...

whoever the pm is PAS's goal has never change. Its only those who only inherit Islam will be confused

Anonymous said...

Nampak sangat anon2 ni membenci ISLAM dan buta pada ISLAM....Kutuk hukum hudud le, katakan NIk Aziz tak ikut Al Quran le.....Bagi aku selagi UMNO memerintah....selagi itu le dasar ISLAM yg sebenarnya tidak akan dilaksanakan...Mahathir ikut Al Quran????? Nik Aziz tak ikut. Sepanjang pengetahuan aku tak pernah sekali pun Mahathir ini menjadi imam sembahyang utk rakyatnya....contoh pemimpin ISLAM apa?????? Aku nak tanya siapa yg pecat Bekas Mufti Selangor yg hanya menegur tentang penglibatan pertandingan ratu cantik di kalangan gadis2 Melayu. Allahyarham Ishak Bahharom menegur kerana ALLAH dan tegurannya itu berlandaskan hukum Al Quran....tapi apa yg dia dapat....Akhirnya dia dihukum pecat dr jawatannya. Kalau PAS nak tegakkan hukum HUDUD lagi le.....macam2 kutuk dr UMNO termasuk lah anon2 di atas....Dimana kekuatan dan kepercayaan engko orang terhadap ALLAH. Aku nak tanya Mahathir dan Najib boleh tolong engko masuk syurga ke.....?????? Kalau iman dan kepercayaan terhadap undang2 Allah diragui.....lebih baik keluar ISLAM.....

Anonymous said...

Semasa PAS berhasrat menjalankan hukum HUDUD yg telah termaktub di dalam Al Quran, PAS terlebih dahulu merangka undang2 serta cara2 utk melaksanakan hukum HUDUD tetapi semua dimasukkan ke dalam tong sampah oleh kepimpinan Mahathir. Mahathir dan sekufunya sewenang2 mempersendakan hukum hudud . Aku masih ingat ada menteri2 yg mengatakan jikalau hukum hudud dilaksanakan ...habislah batu2 di jalananan....kenapa perlu mempersendakan PAS yg bersungguh2 utk melaksnakan HUKUM HUDUD.... Mahathir dan menteri2 nya pada itu menghina hukum hudud yg ingin dilaksanakan oleh PAS boleh dikatakan saban waktu disiarkan didada akhbar serta TV. Nik Aziz merasai satu amanah serta tangjawab yg besar serta berat yg perlu umat Islam lihat hukum HUDUD wajib dilaksanakan. Hukum HUDUD bukan hukum PAS tetapi hukum atau undang2 yg telah diturunkan oleh ALLAH swt. Hukum Hudud ini dilaksanakan untuk untuk panduan org2 ISLAM dan dikhususkan utk orang ISLAM.Kenapa Mahathir nak takut. Ianya tiada kaitan dgn DAP. Apabila kita renungkan kembali zaman kini ....masalah sosial di kalangan umat Melayu yg mengaku ISLAM amat kritikal sekali. Sekiranya HUKUM HUDUD dilaksanakan ....Allah swt akan memelihara kita semua. HUKUM HUDUD jika dilaksanakan di dunia bagi yg mencuri potong tangan .....di akhirat nanti ALLAH swt tidak akan mengenakan hukuman tersebut kerana dia telah dilaksanakan di dunia. Seksaan Allah swt amat pedih jika dikenakan di akhirat dan pemimpin2 yg enggan melaksanakan dan sebalik mengutuk hukum HUDUD tidak akan terlepas dengan azab ALLAH swt yg amat dahsyat....Mahathir dan pemimpin UMNO telah mengelirukan rakyat yg beragama ISLAM dan sebaliknya. Jikalau Mahathir seorang hamba yg takut pada ALLAH swt serta percaya akan hari pembalasan...saya yakin Mahathir tidak sewenang2nya mengutuk undang2 ALLAH swt...Tidak kira sesiapapun....yg gemar menghina undang2 ALLAH swt....tunggulah saat pedih yg amat pedih menanti kita diakhirat nanti...

Penggali Kubuq said...

Sudahkah anda terlupa siapa yg celupar menghina hukum Islam dengan berkata ;

'Siapa yg nak makan sup tangan sila datang ke Kelantan'

'Org yg pakai serban ni otak dia tak masuk angin' (rasulullah juga beserban)

'Nabi simpan Janggut sebab tak ada Gillette'

'Terengganu bakal menyaksikan ramai rakyat yg kudung tangan kerana mencuri'

Siapa lg bukan Mahathir Mohammad.. orang yg sanggup menghina nabi Muhammad.. Dari segi akidah Islam mahathir ni boleh terbatal. Korang sanggup ke Islam dihina begitu rupa? Apa jenis Islam korang ni? PAS, TGNA, TGHH dan seluruh pimpinan hanyalah meneruskan syiar Islam mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Tapi UMNO meneruskan pentadbiran zaman british..

Anonymous said...

Aku nak tengok sgt upacara pengebumian Mahathir.... menipu, menolak ISlam , menolak dan memperlekeh hukum Hudud, membunuh Ibrahim Libya dan pengikutnya yg tak berdosa dam macam2 lg le.... org2 yg mempermainkan hukum ALLAH ni....masa mati tanah tak terima........

Anonymous said...

Apa pun yang puak nyanyok ni salakkan, dulik apa wa yang pasti ramai belia-belia muda nak jatuh tersungkurkan puak Umngok ni. Isu dia sekarang adalah JATUHKAN BE END!!!!. Biar dia jadi pembangkang pulak...wakakakaka xsabar dah ni!!!!

Anonymous said...

AKD... semakin banyak Najis UMNO di blog hang... blog diaorang dah tak laku apa? La ni diaorang attack blog pakatan.. nampak sangat desperate dan dah tak laku dah.. baik blogger, pencacai dan melayu UMNO!!

Anonymous said...

Kalau DAP tolak Islam dan hudud, aku boleh paham tapi kalau melayu, memang jahanam.. dah lah tak mau terima islam dan hudud.. pakat dok hina nabi lagi.. patut tak mampus lagi sebab Allah nak tunjuk kekuasaan Dia kepada jenis manusia bingai lagu nii.

FMZam said...

Anon pengebumian Mahathir,

Kalau tanah tak terima Mahathir, UMNO akan tanam dalam laut. Kalau laut pun tak terima, UMNO akan tanam di bulan. Kalau bulan pun tak terima UMNO akan lepaskan Mahathir di angkasa lepas, biar Mahathir berlegar di orbit mengelilingi bumi maka jadilah Mahathir satelit pertama buatan Malaysia.

Anak Sungai Derhaka said...

Buat Anon 11:58..

Tak apa.. biarlah mereka.. bak kata orang tua-tua.. hutan yang tiada beruk itu sunyi.. jadi kita anggaplah mereka sebagai beruk-beruk yang menghilangkan kesunyian tu.. ha..ha..ha..

FMZam said...

ASD,

Ingatkan bila pencacai2 UMNO tu tak leh pakai nama orang lain, blog kau akan menurun, rupa2nya makin tambah melonjak. Tu lah pasalnya anon2 tu bengang sebab kau dah patahkan taktik kotor diaorang yang pengecut tu. Bila takleh komen, duit upah pun tak masuklah. Ingat diaorang ni komen ke kalau tak ada upah? Itulah askar2 upahan UMNO ni.

Anonymous said...

Nama je Islam tapi tak mahu tahu dan beriman dengan Islam kerana sedikit cobaan. Ramai yang beribadat tapi jahil dan ramai yang berpengtahuan tapi pasik. Wahai anak anak muda inilah massanya kau jatuhkan UMCO penjajah ni dan hidupkan barisam ulama yang menjadi penasihat kamu zaman berzaman demi ketuanan Islam.

Anonymous said...

hukum hudud termaktub dalam quran ??? aikk haji hadi kata tak der dalam quran .
ibrahim libya terbunuh ??? mati katak jer lah pasal bukan berjuang untuk negara islam tapi negara kebajikan ... baik jadi ahli DAP
Nik aziz dgn haji hadi ikut quran dan sunnah ????? haji hadi kata dulu nak buat negara islam tapi lening kata negara kebajikan .. quran kan mukjizad agong takkan lah sekejap ada dalam quran sekejap tak der ... biar betul haji hadi ni
nik aziz ikut sunnah???? ... ada ker dia kata isteri isteri rasullullah berdemo dengan rasullullah sebab tak puas hati . kemudian allah arahkan mereka berdamai .... ajaran sesat ni...... beza tupai dengan ayam pun tak tau diangkat jadi wali konon ...
PAS perjuang islam ????? apa bezanya pas dengan DAP ???? sama jer ... dua dua negara kebajikan ... abis tu sapa plak nak mendaulatkan negara islam dalam malaysia ni ????

Anonymous said...

Anon 3.39 ....kalau engko tak tahu cite sebenar tentang peristiwa Memali....lebih baik diam...masa tu aku tahu engko belum lahir lagi.....kalau engko nak kutuk perjuangan ISLAm....komen le secara berhemah....engko ingat pemimpin UMNO nak perjuangankan ISLAM....sampai KIAMAT....cam tu le...Lebih baik pemimpin2 UMNO kumpul kekayaan utk tempolok diorang....

Anonymous said...

Sebut saja Hudud semua orang islam kecut, yang sebenar nya hudud tu yang teramat sempurna tapi islam sendiri yang tolak apalah pencacai amno yang cetek agama. Sebenar nya hudud itu perlindung kepada umah, bayangkan bro AG, PDRM, MACC SPR, menteri, kroni, tK akan dapat buat suka hati mereka, tak ada double standard, fitnah dll..dr m tak kan mejadi bapak kepada saudagar arak terkenal dunia , bro.

Archive

Related Posts with Thumbnails