Wednesday, June 1, 2011

Wahai Pemimpinku!! UBAH sebelum REBAH!!!

Biarpun ada pihak bakal mempersoalkan tindakan aku menyiarkan artikel ini.. bagi aku sebagai seorang pengundi di kawasan yang dinyatakan oleh penulis ini beliau berhak untuk menyuarakan pendapatnya sebagai seorang pengundi..

Demi kebaikkan bersama sewajarnya para pemimpin kita memberikan perhatian kepada luahan para pengundi yang telah memberikan undi kepada mereka.. dan sedar mereka dilantik menjadi pemimpin oleh rakyat.. janganlah pula kita "Shoot the Messenger"!!

Bagaimana Prestasi PKR Di DUN Penanti !

Posted by Mohd Shubhi

Balik kampung Penanti hujung minggu ini ziarah mak. Dah lama tak tengok muka mak di kampung lebih dari sebulan. Siapa lagi manusia yang masih hidup yang lebih penting di atas muka bumi ini kalau bukan ibu. Sibuk macam manapun kena juga balik sekerap yang mungkin.

Balik dengan bas membuatkan langkah saya tak panjang. Jadi ambil peluang kali ini berlegar sekeliling kampung mencari kawan-kawan. Dapat juga mendengar apa komen mereka terhadap pemerintah Pulau Pinang sekarang.


Sebagaimana yang dijangkakan, bagi peminat Umno, mereka lebih suka melabelkan pemerintah P Pinang adalah DAP dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagi mereka DAP itu cina dan cina itu DAP. Peminat Umno amat meluat pada PKR, bagi mereka orang PKR adalah bekas Umno yang tersingkir.

Kata mereka ahli PKR adalah penyokong Anwar. Mereka bersama denganr Anwar ketika Umno dulu di mana ketika itu mereka hidup serba mewah. Mereka membawa budaya tersebut walaupun sekarang telah keluar dari BN dan bersama dengan PR. Bagi peminat Umno, orang PKR sekarang tak turun padang dan tak reti buat kerja membela masyarakat.

Bagi para ahli Pas pula, peminat Umno tidak melihat mereka sebagai musuh malah mereka dihormati sebagai warga yang cintakan agama, rajin beribadah dan kuat bekerja. Malangnya peminat Umno menuduh Pas sebagai pencacai DAP dan juga PKR. Peminat Umno merasa simpati pada ahli Pas yang tidak pandai meminta peruntukan bagi menolong masyarakat setempat mereka.

Saya bertanyakan pada mereka bagaimana dengan prestasi wakil DUN Penanti, iaitu Timbalan Ketua Menteri II P Pinang, Dr Mansor. Jawapan yang saya dapat rata-rata adalah Dr Mansor jenis tak turun padang. Dia hanya ada pada ketika-ketika tertentu sebagai wakil kerajaan negeri. Semuanya acara rasmi.

Sekitar kawasan DUN Penanti ada ramai yang terlalu daif, ramai pula yang mengidap penyakit kronik, banyak yang tinggal dalam rumah yang tidak layak dipanggil rumah, sekali tolak boleh ranap.

Ramai yang berpendapatan kurang dari RM500 sebulan. Ini jumlah yang terlalu sedikit untuk menyara kehidupan dalam zaman sekarang yang harga barang semua mahal.

Ada keluarga yang besar yang ramai anak dara tinggal dalam rumah yang tak ada bilik, malah bilik airpun tak ada. Mereka hidup serba daif tak terkawal aktiviti anak-anak mereka, potensi hanyut untuk menjadi lauk pemuda buas amat tinggi.

Banyak juga ibu-ibu tunggal yang kematian suami. Anak-anak ramai dibela oleh nenek mereka yang juga bukan orang senang. Bapa-bapa saudara yang ada juga tak mampu menanggung anak-anak saudara, kerana anak mereka sendiri ramai.

Siapa yang melihat semua ini di DUN Penanti. Kemudahan asas seperti jalan kampung amat daif sekali. Berlopak sana-sini. Ini semua kerja siapa untuk menjalankan pemantauan.

Saya mendapat tahu Umno sedang giat bergerak cergas mengambil kesempatan kelemahan yang ada kini di serata kampung. Banyak program sumbangan dijalankan dan mereka pergi dari rumah ke rumah meninjau masalah masyarakat. Yang susah terus mereka bantu.

Mereka mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat. Ada bantuan segera dan diikuti dengan bantuan bulanan yang disalurkan oleh jabatan kebajikan. Para pengerusi JKK sekarang tidak senang duduk kerana mereka ditekan agar bergerak membantu masyarakat tanpa mengira parti.

Mereka melihat ini peluang untuk menyedarkan masyarakat bahawa mereka telah memilih wakil yang salah. Sudah tentu para penerima bantuan yang memang dalam kesempitan selama ini penuh yakin bahawa mereka tersilap memilih wakil. Sudah tentu ada azam untuk mereka menukar wakil mereka pada PRU-13 nanti.

Jika Umno meneruskan semua usaha ini dengan tekun, peluang untuk Dr Mansor menang jika bertanding sekali lagi amat tipis. Adakah usaha dari pintu ke pintu menjenguk kesusahan rakyat dilihat tidak penting. Adakah kerja begini hanya dilakukan apabila pilihan raya sahaja?.

Bagaimana dengan kawasan DUN lain saya tak pasti. Tapi ada kemungkinan perkara yang sama berlaku. Jika semua orang Umno mula bekerja sebagaimana Umno Penanti buat, alamat mereka akan pulih semula dalam masa yang singkat. Jangan kita hanya leka dengan aktiviti ceramah sedangkan kerja pembangunan masyarakat kita pinggirkan.

Sekadar coretan buat renungan, kalau dah buat alhamdulillah, kalau masih tak buat fikir-fikirkan. Wallahu'alam.


WartaShubhi

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails