Friday, June 24, 2011

Video seks: 'Datuk T' mengaku bersalah



Tiga individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu, hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video terlarang itu.

Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.


Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani.

Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal kemudiannya menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertudug merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.


Sementara itu diluar mahkamah..

Demo bising sokong 'Datuk T' luar mahkamah




Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.

Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu.

Ketiga-tiga mereka itu adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim .

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', mereka juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.

Bercakap kepada wartawan kemudian, seorang lelaki berkata mereka adalah penyokong 'Datuk T' yang terdiri daripada “pelbagai NGO dari seluruh negara”.

"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.

"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T,” kata lelaki yang tidak mahumendedahkan identinya.

Namun, beliau kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih), seorang pembantu kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismailberkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.

"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang,” katanya.

Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails