Semalam di Astana, Kazakhstan dalam satu ucapan khas pada upacara perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF ) yang jelas hipokrit, Najib telah berkata negara-negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kerana ia sudah menjadi amalan mereka sejak 1,400 tahun lepas.Najib juga berkata, khalifah keempat, Saidina Ali bin Abi Talib yang juga menantu Nabi Muhammad S.A.W, pernah memberitahu Gabenor Mesir, Malik as-Ashtar, bahawa pentadbirannya akan hanya berjaya jika beliau mentadbir berasaskan keadilan, kesaksamaan, kejujuran dan kemakmuran untuk semua termasuk wanita.- sepenuhnya sila baca di SINI
Negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kata Najib.. Cuba lihat contoh urus tadbir yang baik sebagaimana yang di fahami oleh Najib di SINI , SINI dan juga di SINI
Hari ini pula, Isteri beliau pula menyerlahkan sikap hipokritnya dengan memberikan ucapan mengenai fesyen didalam Islam pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana sedangkan beliau pada masa yang sama mendedahkan auratnya..
Rosmah: Fesyen hari ini langkaui sempadan
Pereka fesyen Muslim yang berhasrat ke peringkat global dan mempunyai pengiktirafan untuk jenama dan produk, mestilah memenuhi permintaan pelanggannya yang kini amat mengikuti trend, kata isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata pereka dan penggerak dalam perniagaan ini mestilah menganggap pelanggan sebagai komponen paling penting baginya kerana pelanggan hari ini mempunyai citarasa global, sangat pentingkan trend dan juga kualiti.
“Sentiasa ingat bahawa fesyen hari ini melangkaui sempadan malahan dalam mengekalkan rona etnik atau budaya,” beliau berkata pada Festival Fesyen Islam (IFF) yang dianjurkan di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 di Astana, Rabu.
Untuk mampu berbuat demikian, pereka fesyen mestilah peka dengan trend fesyen terkini dari ibu negara fesyen yang terkenal di dunia.
Jika bercakap mengenai aspek perniagaan dalam industri fesyen, tanpa ragu-ragu bahawa fesyen Islam cepat berkembang sebagai perniagaan yang menguntungkan yang pasarannya kini bernilai lebih US$96 bilion setahun.
Rosmah, penaung IFF berkata dalam sebarang bentuk, fesyen adalah satu pasaran yang besar yang harus diterokai dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
“Berlainan dengan pandangan umum bahawa fesyen dan Islam adalah tidak selari, saya ingin mengulangi bahawa pakaian Islam khas untuk wanita masih boleh menjadi fesyen yang kontemporari dan bergaya dalam memenuhi ciri-ciri pakaian Islam termasuk kesederhaan,” kata beliau.
Beliau berharap bahawa IFF akan melenyapkan tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh bergaya tetapi fesyen Islam mempunyai gaya tersendiri dan semakin menarik perhatian ramai.
Menegaskan bahawa fesyen Islam kini dianggap satu nafas baru dalam budaya global, katanya tidak menghairankan bahawa jenama dan pereka terkenal dan butik mewah dilaporkan bersaing untuk mereka dan mengeluarkan koleksi fesyen Islam.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa IFF akan terus menyediakan landasan untuk pereka-pereka melancarkan fesyen Islam agar mereka mampu bersaing di pasaran fesyen dengan pereka-pereka antarabangsa yang terkenal di dunia,” kata beliau.
Antara yang hadir pada majlis ini adalah Ketua Pengarah Presiden Pertama Kazakhstan, Dariga Nursultanovna Nazarbayeva, Mienteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Buruh dan Perlindungan Sosial Kazakhstan Gulshara Nurshaevna Abdykalikova.
- Bernama

7 comments:
Rosmah tu lain tak ada asal cakap di forum antarabangsa aja mesti topik dia ialah fesyen Islam, tak taulah syiar Islam mana yang menyebarkan fesyen pakaian perempuan sampai nak berpakaian pun mesti ada glamer untuk menunjukkan fesyen perempuan Islam tu melangkaui sempadan. Rosmah nak dikenali sebagai pelopor fesyen wanita Islam yang terulung didunia tapi bila tengok model2 dia dan juga tengok dia berpakaian, orang semua berimaginasi batang tubuh yang ada dibawah baju yang dipakai, kerana baju2 tu lebih menampakkan sex appeal dari menutupnya.
Dunia Islam mana ada fesyen. Fesyen yang Rosmah tonjolkan hanya untuk perempuan2 Islam yang suami2 mereka kaya dan berkuasa saja. Rakyat jelata tak mampu nak berfesyen macam tu sebab kita semua tau pakaian wanita memang mahal, tak caya tanyalah pekerja2 perempuan di pejabat.
inilah contoh hipokrasi (munafik) yang tertinggi. saya dah tak tau nak kata apa lagi. anehnya masih ramai rakyat malaysia yang memilih untuk tidak sedar hakikat sebenar. ini berlaku kerana penjajahan mental, penjajahan ekonomi(yakni pergantungan) dan penjajahan maklumat (sila lihat Raja Petra). Kalaulah kita dapat bebas dari penjajahan ini, saya rasa yang akan kekal sebagai ahli umno ialah:1. golongan warga emas (yang dah nyanyok) 2. kontraktor kelas F dan 3.belia yang gagal pmr/spm.
klau ckp fesyen je boleh lah diterima sb kdg kdg mat salleh pun ada buat reka fesyen tutup tutup ni malah lg hebat rekaan mereka .. Tp yg dikaitkan dgn islam ni yg pelik .. fesyen boleh pakai ikut suka tp tutup aurat mana boleh ikut suka ... tak nak - dosa ...
yg lagi tak tahan urat ketawa aku ialah kata kata ..'akan melenyapkan tanggapan bahawa wanita Muslim tidak boleh bergaya tetapi fesyen Islam mempunyai gaya tersendiri dan semakin menarik perhatian ramai...'
Dia sendiri pandang rendah fesyen tsbt .... so apa plak cite fesyen endon???
Jika akulah rosmah, aku tak akan mengulas isu tudung dan fesyen berkait Islam sebab akan kena libas balik.. dia sepatutnya diam dan berkelakuan seperti isteri PM dengan tak perlu bercakap terlalu banyak..
Rosmah ooii jangan dok pi sewa dah bilik hotel kat Dubai yg dibawah laut tu kalau hang singgah balik dari Kazakh....buat malu kat ikan2 saja tengok fesyen baju hang.
Ar Rayah World News
http://www.arrayah.info/
Berita Terkini Kebangkitan Negara Islam Global - Khilafah Islamiyah
Rosmah ni adalah jelmaan kepada Imelda Marcos...Orang kata sebiji...Kalau pi shopping kat luar negara , kalau tak penuh satu kontena x sah...mewah betul jelmaan Imelda Marcos...ni....
Post a Comment