Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, June 9, 2011

Slogan 1Malaysia hanya retorik semata-mata..

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’ sebagai etnik rasmi, yang membuktikan konsep 1Malaysia, ini merupakan peristiwa yang amat mengecewakan.

Jelaslah BN begitu rasis kerana mengutamakan bangsa Melayu, Cina atau India daripada bangsa Malaysia.

DAP berbangga dengan kedua-dua mereka, Hannah dan Ramachandran yang mengamalkan dasar ‘Malaysians’ Malaysia’ dan “Malaysian diutamakan” daripada DAP dalam kehidupan mereka dan semangat menjadi rakyat berbangsa Malaysia di mana kita semua terikat dengan satu tujuan bersama sebagai satu bangsa.


Dengan memaksa kita semua ke kancah kotak etnik, BN sebenarnya tidak meraikan kepelbagaian ataupun mencipta identiti rakyat Malaysia tetapi menggunakan peluang yang ada untuk bermain politik pecah dan perintah.

Kita harus melihat jauh di bawah warna kulit di mana darah yang mengalir adalah sama berwarna merah. Kita harus melihat latar belakang etnik yang lepas dan akan menjumpai keturunan warisan kita.

Kita harus melihat jauh di sebalik bangsa kita dan akan mendapati bahawa kita semua adalah daripada golongan bangsa manusia.

Sokongan penuh diberikan kepada Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’.

Memaksa Hannah dan Ramachandaran untuk memilih bangsa India atau Cina merupakan sesuatu yang menjijikkan kerana mereka hanya ingin anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’.

Hannah dan Ramachandran telah berusaha keras agar rakyat Malaysia dapat melihat bahawa kita tidak boleh membiarkan BN meracuni fikiran anak muda dengan ideologi perkauman yang lapuk dan berbahaya di mana seorang anak dianggap tidak cukup baik dan harus bergantung pada tongkat atau tidak akan diberi ganjaran untuk prestasi cemerlang yang mereka capai tidak kira sehebat mana pun kerana mereka berasal daripada golongan bangsa yang tertentu.

DAP akan memberikan sokongan yang penuh kepada perjuangan Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai ‘Anak Malaysia’.

Sekiranya kedua-dua mereka ingin membawa kes ini ke mahkamah, saya telah mengarahkan Pengerusi Biro Undang-Undang kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Saudara Gobind Singh untuk menguruskan kes ini.

Akhirnya, bukan siapa diri kita yang penting tetapi yang pentingnya ialah siapakah kita; bukan warna kulit yang penting tetapi nilai keperibadian; dan bukan keturunan nenek moyang kita yang penting tetapi bagaimana kita berhubung antara satu sama lain dalam menghadapi masa depan.


LIM GUAN ENG


Original Statement




Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 9 June 2011.

1Malaysia Another Empty Slogan When Being A Malay First, Chinese First Or Indian First Is More Important Than Malaysian First. The sorry spectacle of the National Registration Department (NRD) refusing to allow DAP State Assemblywoman for Subang Jaya Hannah Yeoh and her husband Ramachandran Muniandy to register her new born child as 'Anak Malaysia' as an official ethnicity, shows that 1Malaysia. Clearly BN is so racist that being a Malay First, Chinese, First or Indian First is more important than being a Malaysian First.

DAP is proud of both Hannah and Ramachandran for living and practicing DAP’s Malaysian Malaysia and Malaysian First spirit that we are all inextricably bound together by our common destiny as one nation. By deliberately forcing us into ethnic boxes BN is not celebrating diversity nor creating a common Malaysian identity, but opportunistically playing divide and rule politics.

We should look beneath the different colours of our skin and discover that our blood is red. We should look past one’s enthnicity and discover our common Malaysian heritage. We should look beyond one’s race and discover that we are all members of the human race.

Full Support For Hannah And Ramachandran’s Quest For Their Child To Be Simply Known As Malaysians. Forcing Hannah and Ramachandran to choose either Indian or Chinese is repugnant when they just want their child to be known as Malaysian.


Hannah and Ramachandran has striven to let Malaysians see that we should never allow BN to corrupt young minds with obsolete and dangerous racist ideology that one’s child is never good enough and must be forever dependant on the tongkat or that they will never be rewarded for their good performances no matter how deserving they are just because they come from a certain race.

DAP would give full support to Hannah and Ramachandran’s quest for their child to be simply known as Malaysians. If both wants to pursue in court, I have directed DAP National Legal Advisory Committee Chair and MP for Puchong Sdr Gobind Singh to handle the case.

Ultimately, it is not who we are that is important, but what we are that is important; not the colour of our skin that is important but the content of our character; and not our past ancestry that is important but how we connect with the present and with each other to face the future.


LIM GUAN ENG

4 comments:

Anonymous said...

hanna yeoh seorang mubaligh kristian yang menjadi wakil rakyat DAP berkahwin dengan seorang india yang merupakan seorang peguam tapi tak tahu nak bezakan antara etnik , kewarganegaraan dan slogan . Takkan tiba tiba jer kita nak hapuskan identiti etnik dalam malaysia dan gantikan dengan 1malaysia ???? maknanya kaum kerabat imigran macam hanna yeoh dan suami nya otomatik dihapuskan ??? macam konsep malaysian malaysia tu ker ?? imigran tetap imigran takkan semua negara dalam dunia hendak diCHINAkan atau diINDIAkan . kenapa tak hanna yeoh tak kempen pada sekolah cina supaya ditukar kepada sekolah 1malaysia ?????? imigran cina ni sama macam yahudi jugak ... seinci demi seinci akhirnya jadi sebuah negara ...

FMZam said...

Anon,

Ada gayalah cara Hannah Yeoh menguji kerajaan bukan kerana cara dia yang cukup sarkastik tu sampai Najib pun tak leh tahan, tapi kerana dia berani buat apa yang Najib hanya berani cakap. Bila Najib berani cakap 1Malaysia, Hannah Yeoh berani buat Anak Malaysia. Sekarang semakin jelaslah yang maksud 1Malaysia hanya retorik Najib dan UMNO sebab tulisan kau sendiri menampakkan betapa rasisnya kau dan fahaman 1Malaysia kau yang sama dengan UMNO, yang masih tebal menganggap bangsa selain Melayu itu imigran.

Anonymous said...

FMZAM ,
... so ada berani ker kita sama sama kempen tak kira PAS , UMNO , PKR , DAP atau parti apa apa pun KEMPEN tukarkan sekolah cina/tamil/methodist/dll kepada SEKOLAH REN/MEN 1MALAYSIA ??????
penyokong PAS ada berani
penyokong UMNO ada berani
penyokong DAP ada berani
penyokong PKR ada berani
HANNA YEOH ada berani
.......semua ni hanyalah politik Hanna Yeoh seorang mubaligh kristian

penternak_lipan said...

anon..
ayat hang menampakkan kemunafikan hang dalam perjalanan sistem satu malaysia...kita dah ada skolah bestari,sekolah model khas yg dibuat untuk semua pelbagai kaum.mcm fmzam sebut 1malaysia tu retorik aja.tak buat sek 1 malaysia pun tak pe.dah wujud sekolah jenis ni sblm kuar ayat 1malaysia..biasa aja tgk.kalau betul hang nak kempen...try ajak geng UMNOPORNO dulu org PR akan menyusul,siap nak lantik sapa2 yg wakil umnoporno yg menyalak tu jadi ketua kempen lagi tu..ada brani ka bhai....?dalam PR keadilan dan kebajikan rakyat di utamakan.so anytime hang sebut aja bila..mamu hang nak kempen sama..janji untuk rakyat...
pendek kata...
ada teloq ka dak hang ni?

Archive

Related Posts with Thumbnails