Thursday, June 16, 2011

RM63.9 juta untuk khidmat rundingan dan promosi? membazirnya..

PETALING JAYA: PKR hari ini mempertikai kenapa kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa membuat bayaran khidmat rundingan dan pelbagai promosi rancangan induk kerajaan yang terlalu tinggi kepada beberapa firma perunding.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengakui di Dewan Rakyat bahawa BN membelanjakan sebanyak RM63.9 juta untuk khidmat rundingan dan promosi rancangan induk kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan/Ekonomi (G/ETP).


Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah RM63.9 juta itu adalah terlalu tinggi untuk dibelanjakan sedemikian rupa kalau pun kerajaan mempunyai dana yang berlebihan.

Namun katanya, dalam keadaan BN terpaksa membentangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM13 bilion pada sidang kali ini, jumlah RM63.9 juta adalah satu bentuk pembaziran yang tidak boleh dimaafkan.

Menurutnya, jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan membiayai kenaikan gaji segelintir guru-guru besar dan pentadbir sekolah yang diumum BN sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan setiap seorang guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga.

“Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

Lebih membimbangkan katanya, kegilaan berbelanja besar menggaji perunding ini melambangkan sikap BN yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dan tidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambahbaik sistem pentadbiran sedia ada.

Menurut beliau, keputusan-keputusan utama yang membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklumbalas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam.

Saifuddin menerangkan bahawa layanan kepada pimpinan pentadbir awam ini juga tidak tepat dengan kedudukan mereka, apabila mereka hanya dianggap pemberi maklumat sepanjang proses makmal dijalankan oleh perunding-perunding ini, bukannya sebagai pembuat keputusan.

“Kaedah yang diambil oleh pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak ini akan membantutkan usaha menaiktaraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara,” katanya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails