Monday, June 13, 2011

Rais perhabis RM100 Juta dalam sehari?

Ketua Menteri Pulau Pinang mengecam Datuk Rais Yatim kerana habiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk sambutan Hari Seniman 2011 yang...

Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim (kanan) mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni.


“DAP dikejutkan oleh suatu laporan Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Lim mempersoalkan sama ada laporan Bernama itu tepat dalam memetik jumlah sebesar itu yang dibelanjakan untuk acara berkenaan.

“DAP mengesyaki laporan Bernama itu palsu dan Rais harus menjelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan.

“Adalah sukar untuk mempercayai kerajaan boleh memperuntukkan RM100 juta untuk Hari seniman 2011 apabila 27 juta rakyat biasa Malaysia menanggung kenaikan harga kerana potongan subsidi kerajaan BN," katanya.- Malaysiakini


Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

Jika Datuk Seri Rais Yatim Ingin Mempromosikan Seni Kemudian Ia Perlu Tidak Menghabiskan RM100 Juta Tapi Hanya RM2 Juta On The Heritage Festival George Town Bulan-Long Dengan Malaysia Dan Pelaku Antarabangsa.

Maklumat, Komunikasi dan Menteri Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim perlu menjelaskan alasan membuang-buang RM100 juta untuk 2011 Artistes Day pada tarikh 29 Mei yang mendapat respon yang hangat dari aktivis seni. DAP terkejut dengan laporan Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang dikritik oleh aktivis seni.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim harus menerangkan rasionalnya pembaziran wang sebanyak RM100 juta untuk sambutan Hari Seniman pada 29 Mei yang telah menerima maklum balas yang hangat di kalangan penggiat seni. DAP begitu terkejut dengan laporan Bernama bahawa RM100 juta telah diperuntukkan untuk acara tersebut sehingga menimbulkan kritikan daripada para penggiat seni.

DAP menyangkakan bahawa laporan Bernama tersebut adalah tidak benar dan harap Datuk Seri Rais boleh menjelaskan jumlah sebenar yang telah dibelanjakan. Sukar untuk mempercayai bahawa kerajaan begitu cuai ketika memberikan peruntukan RM100 juta untuk sambutan Hari Seniman 2011 ketika 27 juta rakyat Malaysia biasa menderita dengan kenaikan harga barang disebabkan oleh pemotongan subsidi oleh BN.

Tahun lepas ketika pembentangan Belanjawan 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk pembelian produk kreatif seperti drama, filem dan dokumentari yang bermutu tinggi.

Sekiranya Datuk Seri Dr Rais Yatim ikhlas untuk mempromosikan kesenian, beliau hanya perlu memperuntukan RM2 juta, bukan untuk acara satu hari seperti Hari Seniman tetapi sambutan Festival George Town selama satu bulan bermula bulan Julai yang melibatkan seniman tempatan dan antarabangsa. Festival George Town ini diadakan sempena pemilihan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008 yang lalu.

Pengarah festival, Joe Sidek telah membawa Festival George Town heritage menjadi sebagai salah satu festival antarabangsa yang akan menyaksikan bukan hanya persembahan kebudayaan di Malaysia tetapi juga di kalangan bakat asing yang terbaik. Di harap Datuk Seri Dr Rais membenarkan kecintaan beliau terhadap kesenian dan kebudayaan mengatasi fahaman politik dan sekaligus mempromosikan festival ini.

LIM GUAN ENG

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails