Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, June 8, 2011

Pilihan raya masjid: Kenapa UMNO Penang gelabah sangat ni?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata "Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu".

Gelabahnya mereka kali ini.. Kalau hendak dikatakan pilihanraya Masjid ini bermotifkan politik.. siapa sebenarnya yang memulakan politik didalam Masjid di Pulau Pinang ini kalau bukan UMNO?

UMNO Pulau Pinang jelas gelabah kerana beberapa Masjid yang masih dikuasai oleh penyokong karat yang dilantik oleh melalui proksi mereka dalam MAIPP sebelum ini bakal kehilangan kuasa jika pilihanraya Masjid ini diadakan..


Samada mereka itu ada keupayaan atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diserahkan itu bukan masaalah bagi mereka.. asal yang dilantik itu ahli UMNO..

Biarpun Ahli Jawatankuasa yang dilantik UMNO itu tidak disukai atau tidak boleh diterima masyarakat.. itu tidak mengapa asalkan pemimpin UMNO menyukainya..

Hingga pernah suatu ketika disebuah Masjid di Pulau Pinang seorang Imam yang dilantik mereka gagal meneruskan Khutbahnya hanya kerana sebahagian teks Khutbah hilang..


Pilihan raya masjid: UMNO menghadap Agong

BUTTERWORTH 7 Jun - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, atas kapasiti Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, pihaknya merayu supaya keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihan raya itu dikaji sedalam-dalamnya kerana melibatkan kepentingan umat Islam.

"Sudah wujud kegelisahan dalam kalangan masyarakat Islam termasuk anak-anak kariah yang bimbang terhadap suasana masjid yang mahu dijadikan pentas mencari pengaruh politik partisan.

"Kita akan ajukan rayuan mengenai perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk meneliti perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia Isnin lalu menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Keputusan itu mendapat bantahan ramai pihak yang menyifatkan ia agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.

Zainal Abidin berkata, pilihan raya masjid itu bukan sahaja bermotifkan politik malah bakal mengheret jawatan kuasa kariah masjid dalam kancah perpecahan apabila wujud aktiviti berkempen, mengadu domba serta memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu juga sangat lemah dan longgar sehingga boleh menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan kariah masjid sekali gus memungkinkan perseteruan serius berlaku.

"Lebih penting, masjid mahu dijadikan tempat membuang undi sedangkan ia tempat beribadat dan tempat untuk meluaskan syiar Islam. Pilihan raya ala politik ini hanya akan meniupkan api perpecahan dan perbalahan," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kaedah pemilihan sebelum ini yang menekankan konsep musyawarah dalam kalangan anak kariah dari surau-surau setiap kampung mahu diubah secara tiba-tiba sedangkan ia terbukti berkesan menjaga keharmonian jawatankuasa masjid.

Katanya, sistem sedia ada yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu membolehkan wakil dari setiap kampung menduduki jawatankuasa masjid supaya apa jua aktiviti dapat dilakukan dengan penglibatan menyeluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

"Pada masa sekarang pun, ahli jawatankuasa masjid bukan dikuasai mana-mana parti politik, malah mereka boleh duduk bersama-sama atas semangat persaudaraan. Kenapa suasana harmoni ini mahu dirosakkan?

"Justeru, kita minta anak-anak kariah di Pulau Pinang supaya berfikir dengan kebijaksanaan, jangan biar pihak tertentu menjadikan kita alat untuk merosakkan perpaduan sesama umat Islam," jelasnya.


Lidah Rasmi UMNO

5 comments:

Anonymous said...

Masalah ini bukan masalah baru...masih ingat kontroversi pemilihan YDP Majlis Ugama Islam dulu?? Akhirnya Ustaz Illias Zakaria dipilih - dipersetujui oleh semua pihak ie umno dan pkr. Jadi keputusan mengadakan pilihanraya peringkat masjid dibuat oleh orang yang diberi kepercayaan oleh kedua-dua pihak. Terima sajalah...
Lagi pun apa masalahnya? Hal pedemokrasian masjid telah lama diperkatakan di mana-mana. Biar masyarakat setempat memilih orang-orang yang berkeupayaan menjalankan tugas amal ini. Mengapa politikkan isu masjid ni? Sebenarnya apa yang ditakuti oleh UMNO ialah orang-orangnya tidak terpilih dan seterusnya pengaruh UMNO akan merosot. Tapi macama mana nak pilih orang UMNO dalam J/K masjid?...pi masjid berjemaah sembahyang waktu pun tak pernah???

Anonymous said...

swtuju sgt2 dgn anon 11:52AM apa yg umno takut kan sgt tu nampak memang gabrah mrk ni x lama dah tunggu aje lah PRU 13 utk beri sayonara kpd umno dan BN buat selama2 nya dah bagi 53 thn memerintah tp melayu jugak yg masih haprak kecuali golongan elit umno aje yg buat harta.
lg pun senang nak betulkan segala kepincangan, rasuah salahguna kuasa oleh jabatan kerajaan yg mempunyai kuasa terutama ketua2 jabatan nya...Ayuh jom kita ubahkan sebelum PARAHHH!

Anonymous said...

sebenarnya umno takut masjid dijadikan tempat menyebar ilmu kepada rakyat kerana selama ini umno telah menutup masjid dari penyebaran ilmu.

cantona79 said...

anon 4:28

Mmg tepat sekali. Umno selama ini yang menyekat peranan masjid. Kita tgk zaman nabi dlu..fungsi masjid diangkat dan disegani walaupun org bukan islam..

penternak_lipan said...

iyo lo...jgn politikkan hal ni..
kita bagi pd yg betul2 nak buat kerja.aku pernah alami.org kg aku didiskriminasikan disebabkan dia pahaman politik yg berlainan.dia mohon pinjam barangan alatan kenduri dari a.j.k surau.tapi tidak dibenarkan segala harta benda perkakasan kenduri gotong royong termasuk micropon n speker tidak dibenarkan guna .walhal bukan duit mak pak a.j.k masjid tu pun yg digunakan utk beli barang semua tu

Archive

Related Posts with Thumbnails