Tuesday, June 7, 2011

'Pilihan raya' masjid : DAP tak terlibat..

Dalam hal Pilihanraya Masjid ini memang DAP yang menerajui Pakatan Rakyat tidak terlibat sama sekali seperti yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO semalam..

Kaedah pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pada 20 Mei lalu dan seramai 500 pengerusi serta setiausaha kariah masjid sudah diberikan taklimat mengenainya pada 28 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, berkata proses pemilihan ahli jawatankuasa kariah berkenaan akan dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal MAIPP, Mohd Salleh Man.


DAP tak perlu politikkan isu pilih AJK masjid

2011/06/07
KUALA LUMPUR: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya mempolitikkan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid di negeri berkenaan, sebaliknya menyerahkannya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menentukannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tindakan kerajaan DAP itu nyata membelakangi Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di negeri yang tidak beraja, kerana soal agama Islam seharusnya dirujuk kepada baginda terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kenapa institusi masjid diheret ke kancah politik kepartian kerana saya lihat isu pemilihan ahli jawatankuasa masjid ini boleh ditangani penduduk setempat yang lebih arif mengenai kariahnya.

“Jika cadangan pilihan raya itu masih ingin dilaksanakan, saya bimbang institusi masjid akan diresapi unsur kepartian sehingga mengundang perpecahan serius di kalangan kariah masjid,” katanya selepas melawat kerja di tapak projek Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, semalam.

Kelmarin, kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan pemilihan jawatan kuasa masjid di seluruh negeri itu dijalankan menerusi proses ‘pilihan raya’ bermula pertengahan tahun ini.

Di GEORGETOWN, kerajaan negeri mengesahkan pemilihan ahli jawatankuasa kariah membabitkan kira-kira 200 masjid di seluruh negeri akan dibuat menerusi proses ‘pilihan raya’ mulai bulan ini.

Kaedah pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) pada 20 Mei lalu dan seramai 500 pengerusi serta setiausaha kariah masjid sudah diberikan taklimat mengenainya pada 28 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim, berkata proses pemilihan ahli jawatankuasa kariah berkenaan akan dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal MAIPP, Mohd Salleh Man.

Katanya, kaedah pelantikan itu diperkenalkan selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), MAIPP dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

“Ia juga bertujuan menambahbaik peraturan sedia ada sejajar Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan Kaedah 4 (1), Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang) pindaan 2003,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, semua kariah masjid di negeri ini sudah diberikan notis untuk mengadakan mesyuarat agung khas bagi pemilihan jawatankuasa, termasuk mengedarkan borang pencalonan menerusi setiausaha kariah dan pejabat agama daerah.- Berita Harian


'Pilihan Raya' Kembalikan Kegemilangan Institusi Masjid-Mansor

SHAH ALAM 6 JUN : 'Pilihan raya' masjid yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini di Pulau Pinang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai langkah pendemokrasian di peringkat bawah selain mengimarahkan institusi masjid di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, idea tersebut lahir daripada pihaknya dan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim bagi menghidupkan kembali aktiviti kemasyarakatan di masjid.

"Kita mahu mengimarahkan masjid, yang mana masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah malah mahu menghidupkan pendidikan, dakwah, ekonomi dan kebajikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang dalam cubaan menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Mengulas lanjut pelaksanaan pilihan raya masjid itu, ujarnya pemilihan jawatan kuasa masjid menerusi proses ‘pilihan raya’ adalah bertujuan mencari pemimpin dan ahli jawatan kuasa yang mampu mengerakkan peranan masjid untuk mengembalikan aktivi dengan pelbagai pengisian insani.

"Dengan adanya pemilihan seumpama ini, membuka ruang kepada calon yang bakal dipilih dari kalangan mereka yang disukai dan dirasakan layak oleh rakyat dan anak-anak kariah dan sebab itu kami melakasanakannya kerana tidak nampak unsur-unsur menarik masjid ke kancah kepartian pun,"katanya lagi.

Tv Selangor difahamkan kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang telah diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun ini dan kerja-kerja pengedaran borang pencalonan akan dijalankan termasuk bagi jawatan pengerusi, timbalan Pengerusi, bendahari, setiausaha serta ahli jawatankuasa (AJK) wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk ‘berkempen’ iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia dalam laporan di halaman lapan hari ini mempersoalkan keputusan tersebut telah mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam atau sebaliknya.

"Kalau timbul kebimbangan terhadap perkenan Tuanku, bagi saya ianya bergantung kepada bagaimana pelaksanaan ini dikemukakan kepada Tuanku, dikhuatiri ianya tidak tepat, jadi ianya perlu dikemukan dengan baik,"katanya.

Mansor yang juga Adun Penanti menjelaskan Umno-BN kelihatan terdesak dengan bertindak menggunakan akhbar milik mereka bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Apa yang saya nampak, mereka (Umno-BN) takut kerana kuasa yang mereka salahguna selama ini akan hilang, contoh ahli kariah masjid yang dipilih dahulu tidak pernah pergi masjid pun terpilih jadi ahli kariah masjid, anak kariah tidak suka pun terpilih juga, sebab apa...sebab ianya dipilih oleh mereka (Umno-BN),"jelas Mansor lagi. - TVS News

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails