Thursday, June 23, 2011

Patutlah Anwar tak akan terkejut jika 'Datuk T' terlepas....

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Selain dari prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya ada satu berita lain yang membuatkan Anwar yakin bahawa hukuman paling ringan akan dikenakan kepada 'Datuk T'..

Satu berita yang memberikan gambaran bahawa restu pihak tertentu telah diperolehi bagi memudahkan atau meringankan hukuman.. sila lihat di akhir berita dibawah ini..


Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI

KUALA LUMPUR 22 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.

Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.

Tindak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas 'Datuk T' juga menggambarkan trio itu dilindungi meskipun mereka mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah itu kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

“Kes yang jelas begini tertangguh berbulan-bulan memang menimbulkan banyak persoalan,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, tindakan polis yang berdiam diri walaupun berpuluh- puluh laporan polis dibuat bersabit pengedaran video lucah itu, turut memberi gambaran kegiatan itu mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa.

“Ia berlarutan lama dan ia (video seks) masih diedarkan, digalakkan oleh kerajaan, dibantu oleh polis dan Menteri Dalam Negeri.

“Adalah mustahil bagi bahan pornografi ditayangkan dan diedarkan dengan bilangan ratusan dan ribuan jika tidak dilindungi oleh sesuatu kuasa yang ada,” katanya.

Beliau berkata, pendakwaan yang akan dibuat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu juga boleh dipersoalkan kerana Peguam Negara sendiri mempunyai rekod yang meragukan.

Malah, katanya, 'Datuk T' juga sebelum ini diketahui umum dibayangi dan dihantui isu moral yang buruk dan keji.- TVS News


Dan menurut seorang sahabat... Pagi tadi salah seorang anggota yang menggelarkan diri mereka sebagai Dato T, iaitu bekas ketua menteri Melaka Rahim Tamby Chik dilihat masuk ke pejabat Perdana Menteri di tingkat 3 bangunan parlimen pada jam 11:40.

Tujuannya masih tidak diketahui namun dipercayai ada kaitan dengan kes dakwaan penyebaran video lucahnya di mahkamah Jumaat ini. Kalau dilihat, ada sesuatu yang "fishy" di sini, mengapakah Rahim Tamby Chik berjumpa Perdana menteri terlebih dahulu sebelum didakwa di mahkamah?

Blognya sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails