Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, June 14, 2011

PAS gugur perkataan Islam pada Parti? UMNO kenapa tak tambah perkataan Baru ?

Lidah Rasmi UMNO melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, “Kalau Pas sanggup dibuli oleh DAP sehingga akhirnya boleh menggugurkan perjuangan negara Islam, saya mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia,”

Dan sebuah blog Pro-UMNO yang dipercayai dari jenis “Tak Menyalak, Tak Makan” telah menulis Ramai penyokong2 PAS mati2 ingat mereka menyokong prjuangan Islam..telah buat satu jihad yg besar!! walaupun apa pun dakyah UMNO, mereka yakin ngan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam selaras ikut AQ dan sunnah!!

Itu dari blogger yang jenis “Tak Menyalak, Tak Makan”.. cuba korang baca apa pula yang ditulis oleh Blogger Pro-UMNO yang dipercayai bukan dari jenis “Tak Menyalak, Tak Makan” dibawah ini..


Buat yang tak faham apa aku maksudkan dengan “Tak Menyalak, Tak Makan” tu.. sila baca di SINI


Di antara Zeila (Jalil) dengan Zeila (Mascot TMM 1991)

Beberapa pemimpin UMNO telah mendesak PAS supaya menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam parti itu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, sebaliknya memperjuangkan negara berkebajikan. Di antara yang mendesak itu ialah Ali Rustam dan Puad Zakarshi serta beberapa yang lain yang menyokong saranan itu. Tidak payah sesiapa yang menjawab atau menolak saranan itu kerana itu semuanya isu yang diterbitkan seperti ‘mencari kutu di kepala’.

Pemimpin-pemimpin UMNO mendesak perkataan Islam itu dibuang kerana ia sangat mengelirukan bukan sahaja rakyat ramai tetapi juga ahli-ahli PAS itu sendiri. Sebenarnya hanya mereka yang tidak memahami asas perjuangan Islam sahaja yang menganggap negara berkebajikan itu sebagai bersalah-salahan dengan Islam. Cukup kita layan desakan yang tidak berasas itu setakat ini.

Sekarang kita tengok apa yang pihak kita perlu buang dan tambah pula. Kalau kita guna ‘equation’ yang sama kita perlu gugurkan nama UMNO itu dari parti kita. apa kita sudah lupa yang parti yang kita anggotai ini bukannya UMNO? UMNO yang sebenarnya ialah parti yang di asaskan oleh Onn Jaafar dan bukannya oleh Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim seta Mohamad Najib.

UMNO yang sekarang ini terdaftar sebagai UMNO (baru) dan kenapa pula tidak digunakan atau meletakan perkataan (baru) kepada nama parti kita ini? Sedar kah kita yang UMNO ini diasaskan oleh Dr Mahathir dan tidak ada kena mengena dengan usaha mencapai kemerdekaan? Kalau UMNO yang sebenarnya wujud kenapa Ling Liong Sik pernah menjadi pengerusi BN buat beberapa ketika sebelum UMNO yang sekarang ini ditubuhkan? Tidak ingat kah kita. Kenapa Ali Rustam dan novis politik, Puad Zarkashi lupa tentang hakikat ini?

Kalau UMNO sekarang ini tidak mengelirukan kita semua, bagaimana Tunku Abdul Rahman, Husein Onn, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dan ramai lagi nama-nama pejuang UMNO tidak ada dalam senarai keahliannya? Yang lebih mengelirukan, kenapa baru-baru ini kita merayakan ulang tahun UMNO yang keenam puluh sedangkan umurnya baru 23 tahun?

Bagaimana hendak kita katakan yang UMNO ini telah berjaya membawa kemerdekaan negara sedangkan umurnya lebih muda dari anak bongsu saya? Semuanya ini mengelirukan. Kenapa letakan gambar-gambar Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Husein Onn di dinding bangunan UMNO (PWTC) sedangkan mereka ini tidak pernah menganggotai parti ini? Untuk mengingati semua pihak Dr Mahathir adalah ahli UMNO yang pertama dan Kak Asmah sebagai ahli yang kedua. Dr Mahathir adalah Prsiden UMNO yang baru ini yang pertama, buknnya Onn Jaafar.

Jadi sebelum kita menggunakan isu yang lemah ini terhadap parti lawan kita selesaikan kekeliruan di antara ahli UMNO sendiri. Kita mesti mengakui yang UMNO sekarang di asaskan di atas perpecahan orang Melayu, tetapi UMNO yang dibenci Dr Mahathir dulu diasaskan oleh perpaduan kumpulan-kumpulan dan persatuan orang-orang Melayu.

Jangan pula pihak-pihak yang membangkang pandangan ini berkata yang mereka sudah jemu dengan isu ini. Sebenarnya saya pun merasa jemu kerana dikelirukan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya memperjuangkan ‘tempolok’ dan kepentingan kuasa secara peribadi mereka.

Hasilnya ahli-ahli berpecah. Apabila ahli berpecah kita pula yang dianggapkan bersalah. Sesungguhnya UMNO sekarang ini sarat dengan pemimpin-pemimpin yang keliru dan rabun dalam perjuangan mereka. Tidak boleh nak berbuat apa-apa lagi.

Saya pernah membuat satu anoloji untuk memberi kefahaman kepada mereka yang keliru. UMNO yang asal itu ibarat Zeila (bintang filem) yang asal. Tetapi UMNO yang ada pada hari ini ibarat Mascot tahun Melawat Malaysia 1991 dahulu (Orang Utan) yang juga diberi nama Zeila oleh Sabarudin Cik, Menteri Pelancongangan negara dahulu. Kedua-duanya bernama Zeila. Selebihnya saudara sambunglah sendiri.

Terima kasih.

(Aspan Alias)

10 comments:

Anonymous said...

bagus juga tu yb,kenapa umno saja yang tak tukar ke perjuangan islam sbb PAS tak mampu.tukar nama UMNO lagipun tu nama orang putih..nanti jadi balachi org putih je

FMZam said...

Ironinya PAS dieja dalam ejaan romawi tidak boleh bermakna Parti Islam SeMalaysia sebab kalau dimakna sebegitu sepatutnya jadi PIS, namun disebut PAS kerana dibaca dari ejaan jawi. Itulah simboliknya nama PAS, nama yang ada makna dalam tulisan jawi dan tulisan jawi adalah huruf2 berasalkan Islam.

Ironinya UMNO yang dieja dalam jawi pada lambang UMNO tidak bermakna apa2 selain bunyi UMNO (Alif Mim Nun Wau) tapi dieja dalam romawi barulah tepat maknanya dalam inggeris. Itulah simboliknya UMNO nama yang ada makna dalam tulisan romawi dan tulisan romawi adalah huruf2 berasalkan bukan Islam.

Jadi mana logiknya UMNO kalau dalam tulisan jawi Alif Mim Nun Wau pun tidak boleh dimaknakan sebagai apa pun untuk dikenal sebagai Melayu jauh sekalilah sebagai Islam?

Itu pasal lah dalam Pendekar Bujang Lapok, Sudin baca Alif Mim Nun TENDANG Wau sebab ejaan UMNO dalam jawi memang tak ada makna langsung, maka Sudin suruh TENDANG.

Memang patutlah rakyat keliru dengan UMNO dan memang patutlah kita semua TENDANG keluar si Alif Mim Nun Wau ni yang takda makna kepada Melayu dan Islam.

Anonymous said...

Fokus aku tak akan terpesong kerana isu vocabulary yg remeh ini. Masalah pokok masyarakat Malaysia kini ialah pemimpin umporno dari dulu kini dan selamanya buat negara ini macam mak bapak mereka punya, guna kuasa yg ada pada mereka untuk memuas kehendak nafsu syaitan mereka yg tak terbatas. Mereka buat begitu kerena rasa tiada siapa yg boleh tegah dan dakwa mereka...mereka kebal sekebal-kebalnya. Hanya rakyat boleh mengajar pemimpin2kurang ajar umno ini.

serenity9260 said...

harap sokong melayu tapi nama omputeh.pakai je le nama pekembar tu.ingt xsedap ke pekembar tuh??


Ni best bro!!!
Gempak Aje:XiaoKang Menjadi Iron Man!!!

Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Anonymous said...

UMNO lama dipelopori Tungku Abd. Rahman. Unmo baru Dr M punya tau tak.
dia membangun negra sampai lingkup habis .Rakyat dok takok tu juga barang naik hutang banyak. Yang ada kerja baik sikit banyak hutang lagi besar.

Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad said...

apa nak jadi dgr pas? betulkah apa yg terjadi atau sekadar provokasi?

Penggali Kubuq said...

heheh.. tu pun tak faham2 ke..
tu la provokasi sejak azali puak2 UMporNO demi utk kekal berkuasa dan meneruskan kesinambungan mmperbodoh serta merompak harta rakyat.

Anonymous said...

Wan Kamarul,
Komen kau.."apa nak jadi dgr pas?"? Apakah kau ni dari specis melayu yg kurang cerdik ke? Tohmahan latest dari umporno ni betul pun tidak, provokasi pun tidak.....ianya fitnah dari umporno supaya melayu yg kurang cerdik manjauhkan diri dari PAS.
Kenyataan Puad yg PAS sanggup dibuli oleh DAP adalah biadap dan liar, beliau juga tidak mampu untuk memberi SATU pun contoh menyokong kenyataan dia. Malah beliau cekup pengecut bila diajak berdebat dan hanya berani pada microphone utusan meloya dan TV 3.Inilah hakikat pemimpin umporno yg suka membuat kenyataan bebal tapi isinya kosong, contoh utk sokong kenyataan mereka pun tak boleh bagi.

Anonymous said...

semua peminpin umporno bersifat bebal tapi penyokong mereka lagi bebal.

Anonymous said...

Saya cukup teruja dgn artikal UMNO (Baru)(A) bukannya UMNO yg memerdekakan negara ini. Memang pun! Senarai keahliannya bermula dgn ato Seri Dr Mahathir Mohammad dan Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Tapi itupun dah tak betul! Sebabnya Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sudah isytihar keluar dari UMNO (Baru)(A), semasa Pak Lah jadi Presiden UMNO(Baru)(A). Sepatutnya no keahlian mereka berdua bukannya No. 1 dan No. 2 lagi! Entah no ke juta berapa dah! Begitulah bercelarunya UMNO, dan secelaru itulah kepimpinannya kini. Maruahnya tiada! Jatidirinya pun zero! Itulah band master CIA (Che Ibrahim Ali), Presiden PERKASA, yg keluar dari UMNO, kemudian masuk balik, kemudian ditendang keluar, kini berjuang untuk UMNO dari luar. Cabaran debat dari puteri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah masih belum berupaya dia sambut. Ini semua adalah badut2 yg cari kekayaan secara sembrono. Janji masyuk!
Kita tak payah beri perhatian kepada gulungan 'Desporado' ini! Lihat saja gelagat mereka, seperti tonton 'Mr Bean'. Boleh tonton, boleh ketawa, tapi tidak boleh di teladani mereka ini. Hahaha........hihihi.......hehehe, sahaja!

Archive

Related Posts with Thumbnails